Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Awas penipuan tiket online jelang konsert K-pop

Polis pada Jumaat (10 Ogos) mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada mengenai tawaran-tawaran tiket konsert yang murah yang diperolehi online, menjelang konsert-konsert oleh kumpulan K-pop iKON dan WINNER.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Aug 2018 02:50PM Dikemas Kini : 11 Aug 2018 12:25AM

SINGAPURA: Polis pada Jumaat (10 Ogos) mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada mengenai tawaran-tawaran tiket konsert yang murah yang diperolehi online, menjelang konsert-konsert oleh kumpulan K-pop iKON dan WINNER.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa, terdapat sekurang-kurangnya 120 aduan mengenai kes penipuan online yang melibatkan penjualan tiket konsert pada tahun lalu.

Dalam kes-kes sedemikian, para mangsa sama ada tidak menerima tiket konsert atau diberikan tiket palsu atau tidak sah, selepas bayaran dibuat.

Orang ramai dinasihati supaya jangan terburu-buru membeli tiket pada harga yang "terlalu murah" dan hanya membelinya daripada para penjual sah.

Pihak berkuasa juga menggesa orang ramai supaya jangan terpedaya dengan para penipu yang menggunakan akaun bank tempatan ataupun salinan kad pengenalan NRIC atau lesen memandu mereka untuk "meyakinkan para pembeli bahawa mereka penjual yang sah". Para pembeli juga dinasihati supaya jangan membuat pembayaran atau memberikan wang cengkeram terlebih dahulu.

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan