Awas: Penipuan berkaitan 'pelaburan' dalam projek Kereta Api Laju S'pura-KL (HSR)
Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) mengeluarkan amaran mengenai skim penipuan melibatkan projek Kereta Api Laju Singapura-Kuala Lumpur (HSR).
SINGAPURA: Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) mengeluarkan amaran mengenai skim penipuan melibatkan projek Kereta Api Laju Singapura-Kuala Lumpur (HSR).
Penipu-penipu sering menggunakan dokumen palsu yang merangkumi kontrak, bon dan lakaran pembinaan untuk memperdaya orang ramai supaya 'melabur' dalam projek tersebut, menurut LTA di laman Facebook.
"Jika ada sebarang pihak dengan dokumen seperti itu meminta anda untuk membuat pemindahan wang, sila buat laporan polis secepat mungkin," gesa LTA.
Gambar-gambar dokumen palsu menunjukkan kontrak "pembinaan landasan kereta api di Singapura" yang didakwa dikeluarkan oleh "Penguasa Pengangkutan Darat Singapura dan Malaysia".
Projek Kereta Api Laju Singapura-Kuala Lumpur (HSR) dikatakan akan menyumbang sebanyak S$6.7 bilion hasil kasar dalam negeri ke Malaysia dan Singapura, dan menjana sebanyak 111,000 pekerjaan menjelang 2060.
LTA mengumumkan pembentukan anak syarikat tempatan - SG HSR - bulan lepas untuk melaksanakan projek itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.