Images
  • ICA (1)
    Petikan gambar laman palsu ICA. (Gambar: ICA)

AWAS! Laman palsu ICA cuba pancing nombor visa, pasport

SINGAPURA: Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) hari ini (17 Apr) memberi amaran tentang laman palsu ICA yang cuba memancing nombor visa dan pasport pengunjung.

Menurut ICA, ia sudahpun membuat aduan polis berhubung laman, www.mom-sg-gov.ml/save.ica.gov.sg/save-public/index.html dan sedang berusaha untuk menutup laman tersebut.

Ia menasihati orang ramai supaya berhati-hati agar tidak terpedaya dengan laman seumpama itu dan hanya menggunakan laman rasmi www.ica.gov.sg bagi semua keperluan maklumat dan urusan berkaitan ICA.

"Kami ingin memberi jaminan kepada semua orang bahawa akses kepada laman rasmi ICA masih selamat dan tiada data yang terjejas," menurut ICA dalam satu kenyataan nasihat.

"ICA memandang serius terhadap lelaman palsu seperti itu kerana ia menjejas kepercayaan awam terhadap sistem dan proses kami."

Sebelum ini terdapat insiden laman palsu ICA, termasuk pada bulan Januari dan satu lagi insiden pada bulan Oktober tahun lalu.

- CNA/NK/nk

Top