Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Awas! Herba Saraf mengandungi steroid bahaya

Penguasa Sains Kesihatan (HSA) pada Selasa (13 Mac) memberi amaran kepada orang ramai agar tidak membeli atau memakan Herba Saraf - produk herba yang mendakwa mampu mengurangkan sakit sendi dan migrain - kerana ia mengandungi steroid bahaya.

Anggaran Waktu Membaca:
Awas! Herba Saraf mengandungi steroid bahaya

Herba Saraf, produk herba yang mendakwa mampu mengurangkan sakit sendi dan migrain, mengandungi steroid bahaya. (Gambar: HSA)

Diterbitkan : 13 Mar 2018 09:37PM Dikemas Kini : 13 Mar 2018 09:42PM

SINGAPURA: Penguasa Sains Kesihatan (HSA) pada Selasa (13 Mac) memberi amaran kepada orang ramai agar tidak membeli atau memakan Herba Saraf - produk herba yang mendakwa mampu mengurangkan sakit sendi dan migrain - kerana ia mengandungi steroid bahaya.

Seorang pengguna berusia 40-an tahun didiagnosis dengan masalah penerimaan glukos oleh tubuh - yang mungkin meningkatkan risiko seseorang mengalami kencing manis dan penyakit jantung - selepas mengambil produk tersebut selama lebih sebulan kerana sakit lutut, dedah HSA.

Wanita berkenaan berhenti mengambil produk itu dengan segera selepas mengesyaki bahawa keadaan tubuhnya itu berpunca dari produk itu. Beliau mendapatkan Herba Saraf daripada seorang saudara di Malaysia yang membelinya online.

Meskipun produk itu dilabelkan mengandungi bahan herba bagi mengurangkan sakit sendi dan migrain, ujian HSA kemudian mendedahkan ia mengandungi dexamethasone.

Dexamethasone adalah steroid kuat, yang hanya diberikan oleh doktor menerusi preskripsi, yang hanya harus diambil di bawah pemantauan perubatan.

Penggunaan steroid dengan cara tidak wajar dan berlarutan boleh menyebabkan sindrom Cushing, meningkatkan paras glukos dalam darah yang menyebabkan kencing manis, tekanan darah tinggi, katarak, masalah otot dan tulang, dan risiko jangkitan yang meningkat, dedah HSA.

HSA menasihati sesiapa yang mengambil Herba Saraf supaya berjumpa doktor secepat mungkin.

"Pemberhentian pengambilan steroid secara mendadak tanpa pemantauan perubatan yang wajar boleh menyebabkan simptom seperti kepenatan, kekeliruan dan tekanan darah rendah," dedahnya.

HSA juga mengeluarkan amaran pada Selasa terhadap dua lagi jenis produk jagaan kesihatan yang mengandungi jumlah raksa yang berlebihan.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan