Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Awas! Body Slim Herbal, Sparkle Twins mengandungi bahan terlarang

Kedua-dua produk itu dijual di beberapa wadah online, menurut HSA, sambil menambah bahawa orang ramai yang sudah membeli produk-produk itu perlu berhenti menggunakannya dengan serta-merta.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Aug 2018 05:57PM Dikemas Kini : 16 Aug 2018 09:16PM

SINGAPURA: Dua produk pelangsing - Body Slim Herbal dan Sparkle Twins - didapati mengandungi bahan terlarang, sibutramine, menurut Penguasa Sains Kesihatan (HSA) pada Khamis (16 Ogos).

Kedua-dua produk itu dijual di beberapa wadah online, menurut HSA, sambil menambah bahawa orang ramai yang sudah membeli produk-produk itu perlu berhenti menggunakannya dengan serta-merta.

Sibutramine diharamkan di Singapura sejak 2010 kerana pengguna boleh mengalami risiko serangan jantung dan angin ahmar yang lebih tinggi. Pengambilan bahan itu juga boleh menyebabkan sesak nafas, menimbulkan rasa berdebar-debar dan halusinasi.

Body Slim Herbal dipasarkan sebagai "100 peratus herba semula jadi", dan "tidak mempunyai kesan-kesan sampingan". Ia juga dikatakan menawarkan "kesan pantas, menurunkan berat badan dengan lebih cepat".

Sementara itu, Sparkle Twins dipasarkan sebagai minuman "limau dan buah delima" yang hanya mengandungi bahan-bahan semula jadi.

HSA memberi amaran kepada para penjual dan pembekal supaya berhenti menjual kedua-dua produk tersebut dengan serta-merta.

Para penjual atau pembekal yang didapati bersalah kerana menjual produk-produk kesihatan secara haram boleh dipenjara sehingga tiga tahun. didenda sehingga S$100,000 atau kedua-duanya sekali.

HSA juga menasihati para pengguna supaya berwaspada terhadap produk kesihatan yang menjanjikan penurunan berat badan dengan pantas, tanpa sebarang kesan sampingan.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan