Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Atlit S'pura bertolak bagi Sukan Para ASEAN 2017 di KL

Kontinjen Team Singapore yang akan beraksi dalam Sukan Para ASEAN, hari ini (13 Sep) berangkat untuk ke temasya sukan ke-9 itu di Kuala Lumpur.

Anggaran Waktu Membaca:
Atlit S'pura bertolak bagi Sukan Para ASEAN 2017 di KL

Kontinjen Team Singapore yang akan beraksi dalam Sukan Para ASEAN, berangkat untuk ke temasya sukan ke-9. (Gambar: Junn Loh)

Diterbitkan : 13 Sep 2017 05:00PM Dikemas Kini : 13 Sep 2017 05:03PM

SINGAPURA: Kontinjen Team Singapore yang akan beraksi dalam Sukan Para ASEAN, hari ini (13 Sep) berangkat untuk ke temasya sukan ke-9 itu di Kuala Lumpur.

Sebanyak 90 atlit - iaitu pasukan terbesar Singapura bagi pertandingan tersebut - akan mewakili Singapura.

Kontinjen pasukan kedua terbesar di Singapura adalah pada edisi 2008 daripada acara Sukan tersebut, apabila 57 atlit dihantar keThailand.

"Kami menjalani proses yang ketat, yang sangat telus dan terbuka, serta kami sudah memilih yang terbaik daripada kalangan yang terbaik yang Singapura ada," kata Kevin Gerard Wong, pengerusi Majlis Paralimpik Kebangsaan Singapura (SNPC).

Encik Wong menambah majlisnya itu "sangat teruja" bagi kempen kontinjen di Kuala Lumpur dan beliau berharap agar atlit-atlit "seronok" apabila mereka berada di acara Sukan nanti.

Menjelang keberangkatan mereka di Lapangan Terbang Changi, para atlit, pegawai, anggota keluarga, teman dan peminat Team Singapore beramah mesra.

"Selalunya saya merupakan seorang yang tenang. Jadi, saya berharap nanti apabila saya di KL, saya akan lakukan apa yang saya harus lakukan. Apa yang saya harus lakukan, saya akan lakukannya dengan yang terbaik," kata pemain boling, Thomas Yong, kepada Mediacorp.

Team Singapore akan bertanding dalam 11 daripada 16 sukan dalam pertandingan tersebut, termasuk dalam acara badminton, angkat berat, berenang, ping pong, dan boling.

Sukan Para ASEAN 2017 akan berlangsung daripada 17 hingga 23 September. 

Sumber : CNA/UR/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan