Images
  • baby 1
    Cik Nuraidillah dan Encik Firman Akhfar Ismaal bersama anak-anak mereka. 

Aqil Fayyadh dilahirkan tepat pada Hari Kebangsaan S'pura ke-53

SINGAPURA: Sedang Singapura menyambut ulang tahun ke-53, sepasang suami isteri pula meraikan kelahiran anak kedua mereka sejurus selepas tengah malam tadi (9 Ogos).

Aqil Fayyadh dilahirkan 23 saat selepas 12.00 tengah malam. Cik Nuraidillah Rapi'e berkata anaknya dijadualkan lahir minggu depan. Oleh itu ia merupakan satu kejutan apabila Aqil lahir hari ini (9 Ogos).

Ternyata bukan Aqil sahaja dalam keluarga ini yang dilahirkan pada Hari Kebangsaan Singapura.

"Syukur Alhamdulillah saya sangat bangga dan gembira dapat meraikan hari jadi kedua-dua anak saya pada Hari Kebangsaan. Anak pertama saya dilahirkan dua tahun yang lalu dan yang kedua tepat 12.00 tengah malam tadi," kata Cik Nuraidillah.


Menceritakan lebih lanjut, suami Cik Nuraidillah, Encik Firman Akhfar Ismaal berkata bahawa anak keduanya itu seharusnya dijangkakan lahir pada 18 Ogos. Namun, isterinya mula mengalami sakit perut.

"Kita terus ke hospital," seloroh Encik Firman.  

- CNA/NF/aq

Top