Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Aplikasi sukan, pengesan kecergasan percuma untuk penduduk Bishan-Toa Payoh

Sekitar 120,000 penduduk di Bishan dan Toa Payoh kini boleh menggunakan sebuah aplikasi untuk mengumpul mata setelah mengambil bahagian dalam kegiatan-kegiatan sukan atau menjalani pemeriksaan perubatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Aplikasi sukan, pengesan kecergasan percuma untuk penduduk Bishan-Toa Payoh

Para penduduk Bishan-Toa Payoh. (Gambar: Ooi Boon Keong/TODAY)

Diterbitkan : 15 Oct 2018 10:28AM Dikemas Kini : 15 Oct 2018 10:32AM

SINGAPURA: Sekitar 120,000 penduduk di Bishan dan Toa Payoh kini boleh menggunakan sebuah aplikasi untuk mengumpul mata setelah mengambil bahagian dalam kegiatan-kegiatan sukan atau menjalani pemeriksaan perubatan, dan menebus mata yang dikumpulkan dalam bentuk baucer hadiah.

Para penduduk juga akan diberikan pengesan kecergasan percuma seumpama jam tangan - yang diberikan oleh Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) sebagai sebahagian daripada National Steps Challenge, yang menggalak orang ramai untuk jalan 10,000 langkah setiap hari.

Ini adalah sebahagian daripada Program untuk Penghidupan Aktif (PAL), yang dilancarkan pada Ahad (14 Okt) oleh Persatuan Rakyat, dalam usaha untuk menggalak penduduk GRC Bishan-Toa Payoh berusia 17 tahun dan ke atas untuk menjalani gaya hidup sihat.

Berucap semasa pelancaran program itu, Menteri Pertahanan Ng Eng Hen, yang juga Anggota Parlimen bagi kawasan undi itu berkata bahawa sekitar 80,000 atau 40 peratus penduduk kawasan itu berusia 50 tahun ke atas.

Di bawah program sepanjang dua tahun itu, para penduduk boleh mengumpul mata menerusi aplikasi Healthy 365 yang dilancarkan oleh HPB, dengan mengambil bahagian dalam kegiatan-kegitan sukan seperti badminton atau tenis meja serta kegiatan-kegiatan lain seperti tarian baris (line dance) atau Zumba.

Sumber : Today/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan