Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

AP persoal ERP dan keberkesanannya pada sebelah petang

Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) adalah satu langkah untuk mengawal kesesakan lalu lintas di Singapura. 

Anggaran Waktu Membaca:
AP persoal ERP dan keberkesanannya pada sebelah petang

(Gambar fail: Ngau Kai Yan)

Diterbitkan : 11 Jul 2018 05:23PM Dikemas Kini : 11 Jul 2018 05:25PM

SINGAPURA: Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) adalah satu langkah untuk mengawal kesesakan lalu lintas di Singapura. Namun, apakah ia menjejas masa yang diluangkan bersama keluarga?

Itulah yang dibincangkan di parlimen hari ini (11 Jul).

"Ramai yang merasakan ERP pada sebelah petang sesuatu yang tidak dapat diterima. Mereka merasakan bahawa mereka tidak perlu terburu-buru untuk pulang ke rumah. Jadi, saya ingin tahu sama ada kementerian akan menyemak semula matlamat sebenar ERP dan keberkesanannya untuk mengawal kesesakan trafik?" tanya Anggota Parlimen GRC Nee Soon Lee Bee Wah.

Semasa menjawab pertanyaan itu, Setiausaha Parlimen Kanan Baey Yam Keng berkata bahawa beliau akui bahawa sesetengah pekerja tidak menimbangkan faktor masa semasa ingin pulang ke rumah.

Namun, ada juga yang ingin mengimbangi kerja dan kehidupan mereka. Dalam erti kata lain, masa bersama keluarga sesuatu yang penting bagi ramai orang dalam konteks masa kini.

"Bagi para pemandu yang menikmati trafik yang tidak sesak di CTE pada lewat petang, mereka dapat segera pulang ke rumah untuk makan malam bersama keluarga dan meluangkan masa bersama," kata Encik Baey.

Maka itu, kata Cik Lee, ramai penduduk bertanya mengapa ERP pada sebelah petang tidak dimansuhkan memandangkan ramai yang pulang lewat, iaitu ketika ERP tidak lagi dikenakan.

"Ketika kadar ERP diubah suai, ia membantu mengawal trafik dan para pemandu dapat sampai ke destinasi mereka dengan lebih pantas. Itulah kesan yang sangat jelas yang dapat kami lihat berkenaan reaksi para pemandu terhadap kadar ERP." 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan