Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

AP: Ibu bekerja perlukan lebih banyak sokongan

Beberapa Anggota Parlimen (AP) menggesa pemerintah supaya memberikan lebih banyak sokongan kepada para ibu yang keluar bekerja.

Anggaran Waktu Membaca:
AP: Ibu bekerja perlukan lebih banyak sokongan

(Gambar hiasan: Edric Sng)

Diterbitkan : 05 Apr 2016 07:22PM Dikemas Kini : 06 Apr 2016 03:21AM

SINGAPURA: Beberapa Anggota Parlimen (AP) menggesa pemerintah supaya memberikan lebih banyak sokongan kepada para ibu yang keluar bekerja.

Ini termasuk menguatkuasakan aturan kerja fleksibel dan menyemak semula batas pelepasan cukai yang disarankan.

Perkara tersebut diusulkan pada hari kedua Parlimen membahaskan Belanjawan 2016 hari ini (5 Apr).

AP GRC Hollang-Bukit Timah Christopher De Souza menyarankan kepada pemerintah supaya memberikan aturan kerja fleksibel selama lapan minggu atau cuti tanpa gaji bagi tempoh yang sama kepada para ibu yang kembali bekerja selepas baru bersalin.

Ini menyusuli saranan daripada AP Desmond Choo yang sebelum ini turut mengusulkan agar tambahan lapan minggu dalam bentuk aturan kerja fleksibel itu dikuatkuasakan sebagai undang-undang bagi para ibu yang bekerja.

Ini, menurut Encik De Souza, akan memberikan peluang kepada para ibu untuk menjaga dan mengasuh bayi yang baru lahir, di samping membolehkan para ibu untuk menyusukan bayi mereka bagi tempoh sekurang-kurangnya enam bulan.

Encik De Souza turut menarik perhatian bahawa tempoh enam bulan itu disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Sumber : CNA/aw
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan