Images
  • anwar ibrahim
    Anwar Ibrahim di Sidang Puncak Singapura 2018. 

Anwar Ibrahim sentuh mengenai politik M'sia, peluang jangka panjang ekonomi di Sidang Puncak S'pura

SINGAPURA: Sidang Puncak Singapura yang menghimpunkan tokoh-tokoh pemikir dan pemimpin perniagaan berakhir pada Sabtu (15 Sep) dengan satu sesi dialog bersama pemimpin Pakatan Harapan Malaysia, Anwar Ibrahim.

Sidang puncak yang berlangsung selama dua hari itu, kali ini meninjau isu-isu yang menjejas ekonomi dan politik sejagat.

Dalam ucapannya, Encik Anwar menyentuh mengenai pelbagai isu termasuk politik Malaysia dan peluang jangka panjang ekonomi negaranya.

Menurut beliau, Malaysia yang baru akan bebas daripada gejala rasuah dan komited kepada pembaharuan politik.

Encik Anwar juga berkata bahawa beliau mempunyai hubungan kerja yang rapat dengan Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad. Beliau turut memuji Dr Mahathir berhubung tindakan-tindakan yang dilakukannya sepanjang tempoh 100 hari pertama menerajui kerajaan Pakatan Harapan.

Encik Anwar berkata kerajaan Pakatan Harapan mewarisi keadaan fiskal yang kucar-kacir akibat salah urus kerajaan sebelumnya. Beliau turut menekankan tekad kerajaan baru untuk kembali menjadikan Malaysia amat menarik bagi pelaburan langsung asing.

Selain itu, Encik Anwar turut menyentuh tentang pentingnya meritokrasi dan usaha membantu golongan kurang bernasib baik mestilah berdasarkan keperluan bukan berdasarkan bangsa.

- CNA/MU/ai

Top