Images
  • ang cheng hock
    Encik Ang Cheng Hock bersama Presiden Halimah Yacob selepas majlis angkat sumpah.

Ang Cheng Hock angkat sumpah sebagai Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi

SINGAPURA: Encik Ang Cheng Hock mengangkat sumpah hari ini sebagai Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi. Upacara angkat sumpah itu disaksikan Presiden Halimah Yacob di Istana.

Perlantikan Encik Ang adalah bagi tempoh 18 bulan iaitu sehingga 13 November 2019.

Pada 2009, Encik Ang menjadi salah seorang peguam termuda dilantik sebagai peguam kanan pada usia 38 tahun.

Pesuruhjaya Kehakiman dilantik oleh Presiden atas nasihat Perdana Menteri.

Dengan pelantikan Encik Ang, kini terdapat tujuh pesuruhjaya kehakiman di Mahkamah Tinggi.

- CNA/RU/fa

Top