Images
  • spf appeal 1203
    (Gambar: SPF) 

Anda pernah lihat lelaki ini? Polis sedang memburunya

SINGAPURA: Polis meminta orang ramai tampil memberi maklumat mengenai seorang lelaki yang bertindak kasar sehingga mengakibatkan kecederaan.

Kes tersebut dilaporkan berlaku di Blok 151 Bedok Reservoir Road pada sekitar jam 6.05 petang, 7 Mac 2018.

Polis turut mengedarkan gambar lelaki tersebut seperti di atas.

Sesiapa yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Hotline Polis di 1800-255-0000 atau menyerahkan maklumat ke www.police.gov.sg/iwitness.

Semua maklumat akan dirahsiakan.  

- BERITAMediacorp/aq

Top