Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Amrin ingatkan orang ramai supaya jangan dail 995 bagi kes-kes bukan kecemasan

Bayangkan panggilan cemas ke talian 995 semata-mata kerana pening kepala? Atau menelefon talian 995 hanya kerana sakit gigi? Bagaimana pula panggilan ke talian kecemasan 995 sekadar untuk membuat janji temu bagi ujian darah di hospital?

Anggaran Waktu Membaca:
Amrin ingatkan orang ramai supaya jangan dail 995 bagi kes-kes bukan kecemasan

Encik Amrin Amin mengingatkan orang ramai supaya jangan menghubungi talian 995 bagi kes-kes bukan kecemasan. (Gambar: @amrinamin/Instagram)

BERITAmediacorp: Bayangkan panggilan cemas ke talian 995 semata-mata kerana pening kepala? Atau menelefon talian 995 hanya kerana sakit gigi? Bagaimana pula panggilan ke talian kecemasan 995 sekadar untuk membuat janji temu bagi ujian darah di hospital?

Inilah antara respons yang pelik dan tidak munasabah yang diterima oleh Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) apabila Setiausaha Parlimen Kanan Ehwal Dalam Negeri, Amrin Amin, meminta senarai panggilan ganjil yang diterima oleh pasukan tersebut melalui talian kecemasan 995.

Menurut Encik Amrin, yang juga Setiausaha Parlimen Kanan Kesihatan, talian kecemasan 995 adalah bagi kes-kes kecemasan saja.

Menulis di laman Facebooknya hari ini (13 Okt), AP GRC Sembawang itu memberikan gambaran bagaimana satu minit saja boleh membezakan antara hidup dan mati.

Dalam catatannya itu, Encik Amrin juga mengingatkan orang ramai bahawa apabila sebuah ambulans memberikan respons kepada kes-kes yang bukan darurat atau tidak dianggap sebagai kecemasan, seseorang dengan keadaan yang benar-benar serius seperti serangan jantung mungkin tidak akan mendapat bantuan yang sangat-sangat diperlukan ketika itu.

Beliau juga menasihati orang ramai supaya mendapatkan rawatan di klinik-klinik biasa atau menghubungi talian 1-777 untuk mendapatkan khidmat ambulans bukan kecemasan bagi kes-kes yang tidak serius.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : BERITA Mediacorp/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan