Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Amalan simpan gaji amah sepatutnya salah di sisi undang-undang - CDE

Pusat bagi Pekerja Domestik (CDE) menggesa pemerintah agar menjadikan amalan menyimpan wang gaji pekerja pembantu rumah sebagai salah di sisi undang-undang. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Jan 2018 06:09PM Dikemas Kini : 21 Jan 2018 10:02PM

SINGAPURA: Pusat bagi Pekerja Domestik (CDE) menggesa pemerintah agar menjadikan amalan menyimpan wang gaji pekerja pembantu rumah sebagai salah di sisi undang-undang.

Ia merujuk kepada amalan sesetengah majikan yang menyimpan wang gaji pembantu rumah mereka dan membayarnya kemudian.

CDE menyuarakan demikian selepas mendapati pertelingkahan mengenai gaji merupakan isu yang sering dialami para pekerja pembantu rumah dari luar negara.

Dalam kad laporannya yang kedua, CDE mendedahkan bahawa ia menerima 607 kes dalam tahun 2017. Ini peningkatan lebih 17 peratus berbanding 517 kes yang diterima pada tahun 2016.

Satu isu lazim yang diutarakan adalah tentang pertikaian gaji.

Pengarah Eksekutif CDE, Encik Shamsul Kamar berkata: "Setiap pembantu rumah ada hak untuk menyimpan wang gaji mereka sendiri. Ini akan mengurangkan salah faham antara majikan dan juga pembantu-pembantu rumah apabila mereka (majikan) tidak boleh dipertanggungjawabkan bagi gaji-gaji mereka (pembantu rumah)."

Sejak pelancarannya pada 2016, CDE sudahpun mengendalikan kes pertelingkahan gaji melibatkan jumlah lebih $110,000.

Jumlah terbesar pernah dikendalikan bagi satu-satu kes adalah $15,000.

Pertelingkahan tersebut termasuk peraturan untuk menyimpankan wang pekerja pembantu rumah.

CDE juga berhasrat untuk meluaskan usaha mendekati para pembantu rumah asing dengan menubuhkan sebuah pejabat satelit di Lucky Plaza, serta melancarkan sebuah hab baru lewat tahun ini.

Ini bagi meningkatkan ruang perlindungan bagi pekerja yang memerlukan. 

Sumber : CNA/NT/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan