Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Amah Filipina dakwa dipaksa minum peluntur oleh majikan Saudi

Seorang pembantu rumah warga Filipina dimasukkan ke sebuah hospital di Arab Saudi selepas majikannya dipercayai memaksanya minum peluntur, menurut kementerian ehwal luar Filipina semalam (16 Apr). 

Anggaran Waktu Membaca:
Amah Filipina dakwa dipaksa minum peluntur oleh majikan Saudi

Gambar fail: REUTERS

Diterbitkan : 17 Apr 2018 12:36PM Dikemas Kini : 17 Apr 2018 12:37PM

MANILA: Seorang pembantu rumah warga Filipina dimasukkan ke sebuah hospital di Arab Saudi selepas majikannya dipercayai memaksanya minum peluntur, menurut kementerian ehwal luar Filipina semalam (16 Apr).

Pembantu rumah, Agnes Mancilla, perlu menjalani pembedahan pada bahagian perutnya selepas beliau dibawa ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri pada 2 April lalu.

"Kami sedang bekerja rapat dengan pihak berkuasa di Jizan bagi memastikan keadilan ditegakkan," menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.

Keadaan mangsa "tenat tetapi stabil" di hospital dan polis Saudi sudah memberkas majikan wanita yang namanya tidak didedahkan, tambahnya.

Cik Mancilla bekerja di Saudi sejak 2016 "tetapi dianiaya secara fizikal oleh majikan wanita", yang turut gagal membayar gajinya, menurut kenyataan tersebut yang menukil Edgar Badajos, pegawai konsulat Filipina di Jeddah.

Laporan ini merupakan insiden terbaru mengenai penganiayaan pekerja Filipina di Timur Tengah.

Pada Februari lalu, dakwaan terhadap penganiayaan pembantu rumah meningkatkan ketegangan diplomatik antara Filipina dengan Kuwait.

Presiden Filipina Rodrigo Duterte menyelar Kuwait selepas mayat pembantu rumah Filipina yang dibunuh ditemui disimpan dalam peti ais.

Beliau mengharamkan warga Filipina daripada bekerja di negara Teluk itu, yang merupakan salah sebuah negara Timur Tengah yang menggajikan lebih dua juta pekerja Filipina.  

Sumber : AFP/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan