AlWehdah, UNDP ganding bahu bagi inisiatif bantu penduduk Yaman
Persatuan Arab Singapura, AlWehdah buat pertama kalinya memeterai memorandum persefahaman (MOU) dengan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) dalam inisiatif "Yemen Our Home".
SINGAPURA: Persatuan Arab Singapura, AlWehdah buat pertama kalinya memeterai memorandum persefahaman (MOU) dengan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) dalam inisiatif "Yemen Our Home".
Kerjasama perintis itu bertujuan menyediakan wadah untuk diaspora Yaman yang berpangkalan di Singapura dan negara-negara lain dalam memberi bantuan kemanusiaan kepada penduduk Yaman.
"Yemen Our Home" adalah usaha 'crowdfunding' yang disokong UNDP dan menghubungkan diaspora Yaman di Singapura dan negara-negara lain dalam projek-projek kemanusiaan Yaman.
Berikutan krisis di Yaman, sekitar 2.5 juta penduduknya kehilangan tempat tinggal dan lebih setengah penduduknya kekurangan zat makan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.