Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Akta Pemaju Perumahan diluluskan bagi banteras kegiatan wang haram

Parlimen Singapura meluluskan pindaan kepada Akta Pemaju Perumahan dan Akta Penjualan Hartanah Komersil.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Nov 2018 10:20PM Dikemas Kini : 20 Nov 2018 10:24PM

SINGAPURA: Parlimen Singapura meluluskan pindaan kepada Akta Pemaju Perumahan dan Akta Penjualan Hartanah Komersil.

Pemaju-pemaju hartanah kini dikenakan peraturan lebih ketat sebagai sebahagian daripada usaha untuk membanteras kegiatan pengubahan wang haram dan pembiayaan pengganasan.

Pihak pemaju kini perlu melakukan pemeriksaan terhadap para pembeli hartanah masing-masing serta menyimpan rekod pemeriksaan itu dengan baik.

Pemaju juga perlu melaporkan sebarang transaksi yang mencurigakan kepada pihak berkuasa. Sesiapa yang melakukan pengubahan wang haram dan membiayai kegiatan pengganasan akan juga diharamkan daripada mendapat lesen pemaju perumahan.

Peraturan baru itu akan membantu Singapura memerangi aktiviti-aktiviti haram itu. Ia juga sejajar dengan piawai antarabangsa yang ditetapkan oleh Pasukan Petugas Tindakan Kewangan.  

Sumber : CNA/NU/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan