Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Agensi ke-3 akan ditubuh bagi sokong ibu bapa titipan

Agensi titipan ketiga akan ditubuhkan tahun depan bagi menyokong para ibu bapa titipan serta memudahkan proses penjagaan anak-anak titipan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Nov 2016 12:00AM Dikemas Kini : 19 Nov 2016 03:29AM

SINGAPURA: Agensi titipan ketiga akan ditubuhkan tahun depan bagi menyokong para ibu bapa titipan serta memudahkan proses penjagaan anak-anak titipan.

Demikian diumumkan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Tan Chuan-Jin di majlis ulang tahun ke-60 khidmat keluarga titipan, yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Tharman Shanmugaratnam.

Encik Tan berkata kementeriannya sudah membuat kemajuan yang baik dalam meletakkan lebih ramai kanak-kanak di bawah jagaan keluarga titipan.

Sejak tiga tahun lalu, bilangan kanak-kanak di bawah penjagaan titipan meningkat sekitar 10 peratus. Kini terdapat lebih 430 kanak-kanak titipan, sehingga September lalu.

Pada 2014, MSF mengumumkan bahawa ia mahu sekurang-kurangnya dua pertiga kanak-kanak berisiko diletakkan di bawah penjagaan titipan.

Untuk melakukan demikian, ia sudah memperkukuhkan latihan yang diberikan kepada para ibu bapa titipan. Namun kata Encik Tan, negara ini masih kekurangan keluarga titipan. 

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan