Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

AFA kembali pamer filem Melayu 1955-1965

Arkib Filem Asia (AFA) dan siri program seni visual kembali lagi tahun ini, dari 12 Januari hingga 11 Februari.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Berita baik bagi peminat filem lama Melayu.

Arkib Filem Asia (AFA) dan siri program seni visual kembali lagi tahun ini, dari 12 Januari hingga 11 Februari.

Bertemakan 'Keadaan Kemajuan 2018: Sejarahku', edisi kali ini akan mempamerkan filem Melayu yang dihasilkan di Singapura dari tahun 1955 hingga 1965.

Acara ini dibuka secara rasmi oleh Menteri Perhubungan dan Penerangan merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim petang tadi (12 Jan).

Sebanyak 10 filem Melayu lama yang dihasilkan syarikat penerbitan Shaw dari tahun 1950-an hingga ke 1960-an akan ditayangkan secara percuma di Taman Warisan Melayu.

Di tempat yang sama, sesi ceramah awam tentang filem Melayu turut akan dianjurkan.

Sebuah pameran tentang sejarah dan wacana yang berkaitan dengan filem tersebut turut akan dipamerkan di The Plaza, di bangunan perpustakaan negara.

Juga buat julung-julang kalinya, lawatan berpandu yang memaparkan karya seni baru yang diilhamkan oleh kedua-dua filem dan sejarah lokasi filem juga dianjurkan.

Orang ramai turut diberi peluang untuk berinteraksi dengan hasil seni pemasangan seperti Rumah Filem, karya Khairudin Wahab, di The Plaza, di bangunan perpustakaan negara.

"Filem-filem yang terpilih mencerminkan sejarah dan isu-isu sosial yang wujud di zaman itu dan juga sekarang. Kami menggalak penonton-penonton untuk mengambil masa dan renungi kaitan idea-idea yang kami mempersembahkan," kata Cik Kamiliah Bahdar, kurator program seni visual ini. 

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan