Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Abdul Aziz Mohamed Hanib antara 3 rakyat S'pura didakwa cuba sogok Kedutaan Indonesia

Seorang ejen insurans bagi AIG Asia Pacific Insurance dan Liberty Insurance adalah antara tiga rakyat Singapura yang didakwa hari ini (21 Nov) kerana menyogok seorang pegawai Kedutaan Indonesia.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Nov 2018 01:15PM Dikemas Kini : 21 Nov 2018 09:35PM

SINGAPURA: Seorang ejen insurans bagi AIG Asia Pacific Insurance dan Liberty Insurance adalah antara tiga rakyat Singapura yang didakwa hari ini (21 Nov) kerana menyogok seorang pegawai Kedutaan Indonesia.

Sogokan itu dipercayai diberikan kepada pegawai berkenaan supaya dua syarikat insurans terbabit akan dipilih sebagai penyedia bon kelakonan bagi pembantu-pembantu rumah Indonesia di Singapura.

Yeo Siew Liang James, 47 tahun, didakwa atas lapan tuduhan memberi Abdul Aziz Mohamed Hanib sekitar S$71,200 yang diperuntukkan bagi kakitangan Kedutaan Indonesia itu.

Di samping itu, Yeo didakwa kerana memberi kira-kira S$21,400 sebagai ganjaran kerana membantu mengaturkan urus niaganya dengan kakitangan Kedutaan Indonesia, Agus Ramdhany Machjumi.

Abdul Aziz, seorang penterjemah bebas, juga didakwa kerana mencuba mendapatkan sogokan dari dua wakil Tokio Marine Insurance Singapore, menurut Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB).

Tindakannya itu juga dipercayai atas jaminan Tokio Marine ditauliahkan sebagai penyedia bon-bon kelakonan, sebagai ganti 40 peratus komisen bagi setiap bon kelakonan yang dijual.

Rakyat Singapura ketiga yang didakwa, Chow Tuck Keong Benjamin, dituduh bersubahat dengan Abdul Aziz untuk memperoleh sogokan dari Yeo bagi kakitangan Kedutaan Indonesia.

Chow mempekenalkan Abdul Aziz kepada Yeo, meskipun "tahu bahawa Aziz menerima wang sogok berkaitan pentauliahan menjual bon-bon kelakonan," menurut CPIB.

Ia menambah bahawa tiada bukti ditemui buat masa ini yang menunjukkan bahawa AIG Asia Pacific Insurance dan Liberty Insurance terlibat dalam kesalahan-kesalahan itu.

Kedutaan Indonesia tidak terbabit dengan kesalahan-kesalahan rasuah tersebut, menurut CPIB lagi.

Ikat jamin S$50,000 bagi setiap tertuduh ditawarkan kepada Yeo dan Abdul Aziz manakala Chow dibenarkan ikat jamin S$10,000.

Ketiga-tiga tertuduh akan dihadapkan ke mahkamah pada Disember.

Sesiapa yang didapati melakukan kesalahan rasuah boleh dipenjara sehingga lima tahun, didenda sehingga S$100,000, atau kedua-duanya sekali.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan