Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Abang-abang bekas pesalah berjaya kumpul S$12,000 untuk amal

Acara bazar amal Colours of HOPE yang julung-julung kalinya diadakan bagi mengumpul dana bagi 20 pesakit penyakit kronik, berjaya melepasi sasaran kutipannya.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Acara bazar amal Colours of HOPE yang julung-julung kalinya diadakan bagi mengumpul dana bagi 20 pesakit penyakit kronik, berjaya melepasi sasaran kutipannya.

S$10,000 mahu dikumpulkan untuk diagihkan kepada golongan berpenyakit kronik dan memerlukan, menerusi 36 gerai dan diadakan di Persekutuan Silat Singapura pada 13 dan 14 Okt.

Acara itu turut mendapat sokongan penyanyi popular Sufi Rashid, yang berkongsi tentang pentingnya meningkatkan kesedaran ke atas golongan seumpama ini.

"Dengan pentingnya kita memahami penyakit kronik ini, kita akan faham dan tahu bagaimana menanganinya di sekeliling kita kalau kita hadapi atau dikenalkan dengan teman-teman yang ada penyakit kronik," kata Encik Sufi.

Para pegerai juga nampaknya puas dapat sama-sama berbakti.

"Kita berasa bangga sebab kita dapat menolong pesakit-pesakit kronik. 50 peratus daripada apa yang kita dapat, kita akan berikan kepada pesakit-pesakit kronik," kongsi pemilik Henna Me Pretty SG Syafina Rosli.

Kesudahannya, pihak penganjur acara iaitu One Heart Brothers Society dan Souq Event berjaya mengumpulkan $12,000 kesemuanya.

Walaupun setelah ditolak modal, wang yang dapat diagihkan kepada 20 penerima mungkin tidak seberapa banyak, ia masih lagi suatu hasil saling menguntungkan dan suatu kejayaan kepada One Heart Brothers Society.

One Heart Brothers Society merupakan sebuah badan kebajikan yang sebenarnya dianggotai oleh bekas-bekas pesalah yang pernah meringkuk dalam penjara.

Kini, berbakti atau memberi balik kepada masyarakat menjadi perjuangan mereka.

Pengasas One Heart Brothers Society Sahri Jumaat berkata: "Kami memohon kesedaran daripada masyarakat untuk tampil bersama kami, untuk membantu orang-orang berpenyakit kronik untuk mengurangkan beban dan menyenangkan keadaan mereka".

Sebelum ini, badan itu juga pernah menganjurkan #ProjekKampung, di mana mereka membantu keluarga memerlukan di Yishun dan mendekati golongan belia supaya terlibat dalam kegiatan positif.

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan