Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

98.9% pelajar madrasah dapat sijil GCE 'O', kohort terakhir dari Madrasah Irsyad Zuhri Al-Islamiah

Sebanyak 98.9% pelajar madrasah berjaya mendapatkan sijil GCE 'O' mereka. 354 pelajar dari enam madrasah menduduki peperiksaan itu tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sebanyak 98.9% pelajar madrasah berjaya mendapatkan sijil GCE 'O' mereka. 354 pelajar dari enam madrasah menduduki peperiksaan itu tahun ini.

KOHORT MENENGAH TERAKHIR IRSYAD TERIMA GCE O
Tahun ini agak berbeza bagi Madrasah Irsyad Zuhri Al-Islamiah.

Pelajar-pelajar kegirangan mendapat keputusan yang diraih. Namun di sebalik suasana menghairahkan itu, perasaan syahdu turut dapat dirasakan.

Begitulah suasana di dewan Madrasah Irsyad Zuhri Al-Islamiah apabila para pelajar Menengah 4 dan 5 mengambil keputusan peperiksaan GCE 'O' petang tadi (12 Jan).

Sekumpulan 77 pelajar yang mengambil keputusan mereka hari ini merupakan kohort menengah terakhir bagi madrasah itu.

Di bawah Sistem Madrasah Bersepadu (JMS), Madrasah Irsyad tidak akan menyediakan kohort menengah bermula tahun ini dan mengkhususkan kepada pengambilan sekolah rendah sahaja.

Pengetua Madrasah Irsyad, Encik Noor Isham Sanif, menggambarkan kohort penutup ini sebagai sekumpulan pelajar yang gigih dan membanggakan.

"Alhamdulillah kohort ini kohort yang terakhir, terdiri daripada menengah 4 dan menengah 5, kerana mereka yang terakhir, mereka kohort penutup, jadi mereka memang belajar gigih, kelas tambahan diadakan lepas pukul 5. Keputusan hari ini sangat baik.

"Saya harap mereka membuat keputusan yang baik selepas ini bersama dengan keluarga mereka, supaya mereka menjadi insan harapan, insan-insan yang berguna pada masyarakat, jadi mungkin mereka akan ke kursus diploma, atau ke kursus pre-u, jadi apa pun yang mereka pilih, mereka harus lakukan yang terbaik, dan daripada situ mungkin ada yang ingin ke univerisiti dan sebagainya," kata Cik Noor Isham Sanif, pengetua Madrasah Irsyad Zuhri Al-Islamiah. 

Secara keseluruhannya Madrasah al-Irsyad melihat peningkatan keputusan peperiksaan GCE 'O' bagi setiap subjek.

(Izzah bersama ibu bapanya ketika ditemui di Madrasah Irsyad)

IZZAH NUWAIRAH ZAILAN PELAJAR TERBAIK GCE O MADRASAH AL-IRSYAD

Pelajar terbaiknya, Izzah Nuwairah Zailan berjaya memperolehi keputusan 7A.

"Saya rasa amat bangga dengan diri saya sendiri kerana saya mendapat keputusan yang saya tidak jangka. Jadi saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada ibu bapa saya dan guru-guru saya kerana banyak memberikan sokongan dan tunjuk ajar," kata beliau.

Lebih manis lagi, bapanya, Cik Zailan Dollah turut turun pada hari bersejarahnya.

"Syukur alhamdulillah anak saya dapat gred A. Kami tidak jangka beliau akan mencapai ini," kata Cik Zailan.

Selain cemerlang dalam bidang akademik dan ukhrawi, Izzah turut aktif dalam aktiviti luar darjah dalam sukan bola jaring.

Beliau juga anggota jawatankuasa eksekutif pemimpin pelajar. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan