Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

97 ditahan dalam operasi banteras jenayah 11 hari

Seramai 96 wanita dan seorang lelaki warga China berusia 23 hingga 50 tahun ditangkap polis dalam satu operasi anti-jenayah berakhir hari ini (12 Jan), menurut kenyataan Pasukan Polis Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
97 ditahan dalam operasi banteras jenayah 11 hari

Gambar fail gari tangan. (Gambar: Michelle Shephard/AFP)

Diterbitkan : 12 Jan 2018 10:56PM Dikemas Kini : 12 Jan 2018 11:01PM

SINGAPURA: Seramai 96 wanita dan seorang lelaki warga China berusia 23 hingga 50 tahun ditangkap polis dalam satu operasi anti-jenayah berakhir hari ini (12 Jan), menurut kenyataan Pasukan Polis Singapura.

Beberapa wanita yang ditangkap dipercayai menawarkan khidmat seks secara online.

Operasi selama 11 hari itu, diterajui Jabatan Siasatan Jenayah (CID) dan enam Divisyen Polis. Para pegawai melancarkan serbuan di lebih 40 lokasi di merata negeri termasuk hotel dan unit kediaman di Geylang, Jurong West, Bukit Timah, Ang Mo Kio, Serangoon Road, Balestier Road, Woodlands, Sengkang, Tampines, Jalan Besar, Punggol, Changi Road, Havelock Road, Kim Keat Close dan Boon Lay Place.

15 telefon bimbit dan kamera turut dirampas dalam operasi tersebut.

Lelaki warga China yang ditangkap dihadapkan ke Mahkamah hari ini (12 Jan) bagi kesalahan di bawah Piagam Wanita. Siasatan terhadap suspek-suspek wanita masih dijalankan.

Polis mengingatkan pemilik rumah untuk melakukan pemeriksaan rutin terhadap penyewa mereka untuk mengelakkan sebarang kegiatan jenayah.

Pemilik yang menyewakan premis mereka kepada mana-mana pihak untuk kegiatan berkaitan jenayah boleh didenda sehingga $3,000 dan/ atau dipenjara sehingga tiga tahun.

Sumber : CNA/SU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan