Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

88 diberkas dalam operasi SPF, CNB

81 wanita dan tujuh lelaki diberkas dalam satu operasi antijenayah berbilang agensi.

Anggaran Waktu Membaca:
88 diberkas dalam operasi SPF, CNB

81 wanita diberkas dalam operasi yang dijalankan SPF dan CNB. (Gambar: SPF)

SINGAPURA: 81 wanita dan tujuh lelaki diberkas dalam satu operasi antijenayah berbilang agensi.

Dalam operasi yang dijalankan, para pegawai dari Pasukan Polis Singapura dan Biro Narkotik Pusat melancarkan satu siri serbuan terselaras dan pemeriksaan di beberapa pusat hiburan di kawasan tengah Singapura.

88 orang yang diberkas dalam operasi selama sembilan jam dan berakhir pada 17 Ogos itu, berusia antara 18 hingga 49 tahun. Mereka diberkas atas pelbagai kesalahan termasuk terlibat dalam kumpulan samseng, kegiatan maksiat dan dadah.

Siasatan masih dijalankan.

Polis akan terus bekerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang lain dan mengambil tindakan keras terhadap mereka yang terlibat dalam kegiatan jenayah.  

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan