Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

83 juta hidangan lebih sihat terjual antara Apr-Sep tahun ini: HPB

Sebanyak 83 juta hidangan makanan lebih sihat dijual antara April hingga September tahun ini, sejak Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) memulakan satu program menggalak pemakanan sihat.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Dec 2018 06:46PM Dikemas Kini : 11 Dec 2018 09:14PM

SINGAPURA: Sebanyak 83 juta hidangan makanan lebih sihat dijual antara April hingga September tahun ini, sejak Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) memulakan satu program menggalak pemakanan sihat.

Jumlah itu 33 hidangan juta lebih tinggi berbanding tempoh 12 bulan sebelumnya.

Program itu bertujuan meningkatkan kesedaran rakyat Singapura bahawa pemakanan yang tinggi dengan karbohidrat seperti nasi putih dan roti putih boleh menambah risiko penyakit kencing manis jenis 2.

Restoran makanan segera, Prata Wala merupakan rangkaian prata yang pertama menyertai program tersebut.

Selain menggunakan minyak masak lebih sihat, Prata Wala turut menawarkan hidangan makanan sihat lain. (Gambar: HPB)

(Gambar: HPB)

Restoran itu menggunakan minyak masak lebih sihat dan menawarkan pilihan masakan yang menggunakan bijirin penuh dalam menunya.

Program Makan Lebih Sihat juga disertai 8,900 gerai makanan di merata negara. 

Sumber : CNA/MM/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan