Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

8 diberkas, hampir 1kg ganja sintetik dirampas CNB

Apabila kediaman kedua-dua suspek itu digeledah, para pegawai menjumpai serbuk seberat 22 gram yang dipercayai adalah NPS dan 188 gram ganja sintetik.

Anggaran Waktu Membaca:
8 diberkas, hampir 1kg ganja sintetik dirampas CNB

Sarang dadah yang terletak berdekatan Norris Road di Little India. (Gambar: Biro Narkotik Pusat)

Diterbitkan : 19 Jul 2018 08:27PM Dikemas Kini : 19 Jul 2018 08:36PM

SINGAPURA: Lapan orang diberkas dan ganja sintetik seberat 990 gram dirampas pada hari Rabu (18 Julai) semasa satu serbuan dilancarkan oleh Biro Narkotik Pusat (CNB).

Para suspek, semua lelaki rakyat Singapura, berusia antara 25 tahun hingga 55 tahun, menurut CNB dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada Khamis (19 Jul).

Para pegawai CNB dikerahkan ke Bukit Batok Steet 34 pada petang Rabu (18 Jul) untuk mengawasi seseorang yang disyaki pengedar dadah berusia 33 tahun yang dipercayai berurusan dengan ganja sintetik.

Dia dilihat bertemu dengan seorang lagi suspek, lelaki berusia 47 tahun, di dalam sebuah kereta.

Para pegawai CNB kemudian mengekori lelaki berusia 47 tahun itu ke Norris Road di Little India, di mana dia ditangkap semasa turun dari keretanya.

Serbuk seberat 506 gram yang dipercayai adalah Bahan Psikoaktif Baru (NPS) ditemui di bahagian tempat duduk penumpang.

Siasatan yang dijalankan ke atas sarang dadah yang terletak di Norris Road turut menemui bahan seberat 595 gram yang dipercayai adalah ganja sintetik dan 10 liter aseton.

Tiga individu yang disyaki penyalah guna dadah, berusia 32 tahun, 41 tahun dan 42 tahun, juga ditangkap dalam unit itu.

Salah seorang suspek, yang berusia 32 tahun, bertindak ganas semasa dia diberkas dan terpaksa menahannya secara paksa.

Sementara itu, suspek berusia 33 tahun yang diawasi oleh para pegawai CNB ditangkap di Bukit Batok West Avenue 7 manakala dua rakannya, berusia 47 tahun dan 55 tahun, diberkas di Jurong West Street 93.

Apabila kediaman kedua-dua suspek itu digeledah, para pegawai menjumpai serbuk seberat 22 gram yang dipercayai adalah NPS dan 188 gram ganja sintetik.

Seorang penyalah guna dadah berusia 25 tahun yang datang ke unit itu sebelum serbuan CNB juga ditangkap.

Siasatan ke atas semua suspek sedang diteruskan.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan