Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

70 masjid S'pura adakan derma khas bagi mangsa gempa Lombok & banjir Laos

Kesemua 70 masjid di Singapura akan menjalankan kempen kutipan derma khas bagi membantu mangsa gempa Lombok dan juga mangsa banjir di Laos mulai Jumaat ini (10 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
70 masjid S'pura adakan derma khas bagi mangsa gempa Lombok & banjir Laos

Pasukan penyelamat di Lombok. (Gambar: ADEK BERRY / AFP)

SINGAPURA: Kesemua 70 masjid di Singapura akan menjalankan kempen kutipan derma khas bagi membantu mangsa gempa Lombok dan juga mangsa banjir di Laos mulai Jumaat ini (10 Ogos).

Kotak-kotak derma yang tertera ‘In Aid of Survivors of Earthquake in Lombok dan Floods in Laos’ (Bagi Membantu Para Mangsa yang Terselamat dari Gempa di Lombok dan Banjir di Laos) akan diletakkan di kesemua masjid tempatan selama seminggu sehingga Khamis depan (16 Ogos).

Rumah yang roboh akibat gempa di Lendang Bajur Hamlet di Lombok, Indonesia. (Gambar: Ahmad Subaidi/Antara Foto melalui Reuters)

Kemusnahan di Lombok. (Gambar: Ahmad Subaidi/Antara Foto melalui Reuters)

Kutipan itu dijalankan dengan kerjasama Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF), menurut kenyataan media yang dikeluarkan hari ini (7 Ogos).

Menurut kenyataan RLAF itu lagi, bencana yang menimpa para penduduk di Lombok dan Laos menyebabkan kerosakan prasarana, kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda. Malah ribuan orang kehilangan tempat berteduh.

(Gambar: SONNY TUMBELAKA / AFP)

Kemusnahan di Lombok. (Gambar: SONNY TUMBELAKA / AFP)

Gempa kuat 6.9 skala Richter menggegarkan pulau Lombok, Indonesia pada 5 Ogos. Ini adalah kali kedua para penduduk pulau tersebut digemparkan dengan insiden serupa. Kali pertama berlaku pada 29 Julai lalu.

Sejauh ini, angka korban akibat gempa di Lombok sudah mencecah 105 orang, menurut laporan AFP.

Di wilayah Attapeu, Laos pula, para penduduk terjejas apabila empangan runtuh menyebabkan banjir besar.

(Gambar: YE AUNG THU / AFP)

Penduduk yang hilang tempat tinggal akibat banjir di Laos. (Gambar: YE AUNG THU / AFP)

Nahas yang berlaku pada 24 Julai itu menyebabkan limpahan lima bilion meter padu air - iaitu sebanyak lebih dua juta kolam renang Olimpik. Ratusan orang dilaporkan hilang manakala laporan terkini AFP menyatakan jumlah kematian sudah mencecah 31 orang.

(Gambar: NHAC NGUYEN / AFP)

Banjir di Laos. (Gambar: NHAC NGUYEN / AFP)

Selain menderma menerusi tabung-tabung khas yang disediakan di masjid-masjid, orang ramai juga boleh menderma menerusi online, wang tunai atau cek.

Berikut cara-caranya:

Derma online boleh dibuat di laman
https://www.zakat.sg/ePayment/donations.aspx mulai hari ini (7 Ogos).

Cek perlu dibayar kepada RLAF dengan menulis 'In Aid of Survivors of Earthquake in Lombok dan Floods in Laos' tertera pada bahagian belakangnya.

Derma menerusi wang tunai atau cek boleh dikirimkan kepada:

1) Pejabat RLAF
Masjid Yusof Ishak, Tingkat 4
10 Woodlands Drive 17 Singapura 737740

2) RLAF
Hab Islam Singapura
273 Braddell Road
Singapura 579702

Semua kutipan akan diserahkan kepada Mercy Relief dan Persatuan Palang Merah Singapura yang menyokong operasi-operasi bantuan kecemasan di kedua-dua negara. 

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan