Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

7 stesen MRT NSL akan tutup lebih awal mulai bulan depan

Sebanyak tujuh stesen MRT di Laluan Utara-Selatan (NSL) dari Bukit Gombak hingga Admiralty akan ditutup lebih awal setiap Jumaat dan Sabtu mulai Julai, menurut SMRT hari ini (18 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
7 stesen MRT NSL akan tutup lebih awal mulai bulan depan

Gambar: ROSLAN RAHMAN/AFP

Diterbitkan : 18 Jun 2018 11:42AM Dikemas Kini : 18 Jun 2018 11:44AM

SINGAPURA: Sebanyak tujuh stesen MRT di Laluan Utara-Selatan (NSL) dari Bukit Gombak hingga Admiralty akan ditutup lebih awal setiap Jumaat dan Sabtu mulai Julai, menurut SMRT hari ini (18 Jun).

Dalam satu kenyataan media, pengendali kereta api itu menyatakan bahawa stesen-stesen berkenaan akan ditutup pada 11.00 malam pada hari-hari tersebut bagi “mempergiatkan kerja-kerja penyenggaraan dan pembaikan landasan di bahagian barat laut NSL.”

Ia menambah bahawa stesen-stesen itu tidak akan dibuka lebih lewat kerana waktu tambahan dek penutupan awal itu mencukupi untuk memudahkan kerja-kerja tersebut.

SMRT turut menyatakan bahawa khidmat bas ulang alik nombor 11 akan berhenti di perhentian bas terpilih antara stesen Bukit Batok dengan Sembawang untuk mengambil penumpang yang terjejas oleh penutupan itu. 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan