Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

7 sekolah terima Anugerah Cemerlang Membaca NLB

Tujuh buah sekolah menerima Anugerah Cemerlang Membaca Lembaga Perpustakaan Nasional (NLB), hari ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Mar 2017 09:34PM Dikemas Kini : 20 Mar 2017 10:24PM

SINGAPURA: Tujuh buah sekolah menerima Anugerah Cemerlang Membaca Lembaga Perpustakaan Nasional (NLB), hari ini.

Ia bagi mengiktiraf usaha menggalak para pelajar lebih membaca. Anugerah tersebut bertujuan menggalak minat berterusan dalam membaca dan pembelajaran.

Lebih 60 buah sekolah serata negara dicalonkan bagi program-program membaca inovatif, dan mereka dinilai berdasarkan aspek daya kekal, termasuk kesannya kepada para pelajar.

Anugerah tertinggi dimenangi Sekolah Rendah Princess Elizabeth dan Sekolah Menengah Clementi Town.

Menteri Negara, Perhubungan dan Penerangan merangkap Pendidikan, Janil Puthucheary, menyampaikan anugerah tersebut.

Menurut pihak sekolah-sekolah yang ditemui Mediacorp, banyak manfaat yang diraih golongan pelajar menerusi program-program yang dijalankan.

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan