Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

7 individu, termasuk saintis Muslim S'pura, diangkat jadi Zamil Akademi Sains

Tujuh individu, termasuk saintis Muslim Singapura, Profesor Jackie Ying, dipilih menjadi zamil bagi mengiktiraf usaha mereka dalam bidang sains.

Anggaran Waktu Membaca:
7 individu, termasuk saintis Muslim S'pura, diangkat jadi Zamil Akademi Sains

Profesor Jackie Ying, Pengarah Eksekutif Institut Biokejuruteraan dan Nanoteknologi (IBN) A*Star. (Gambar: Facebook NUS Libraries)

Diterbitkan : 11 May 2016 09:32AM Dikemas Kini : 11 May 2016 10:08AM

SINGAPURA: Tujuh individu, termasuk saintis Muslim Singapura, Profesor Jackie Ying, dipilih menjadi zamil bagi mengiktiraf usaha mereka dalam bidang sains.

Demikian diumumkan oleh Akademi Sains Nasional Singapura (SNAS) semalam (10 Mei).

Lima orang saintis daripada Universiti Nasional Singapura (NUS), seorang saintis dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dan seorang lagi dari Agensi Sains, Teknologi dan Kajian (A*STAR) turut tersenarai.

Mereka ialah:

1) Profesor Jackie Ying, Pengarah Eksekutif Institut Biokejuruteraan dan Nanoteknologi (IBN) di bawah naungan A*Star
2)Profesor Bertil Anderson, Presiden NTU
3) Profesor Ding Jeak Ling, Profesor Sains Biologi di NUS
4)Profesor Lai Choy Heng, Profesor Ilmu Fizik di NUS
5) Profesor Lee Hian Kee, Profesor Ilmu Kimia di NUS
6) Profesor Ooi Beng Chin, Profesor Ulung Sains Komputer dan Pengarah Institut Media Interaktif dan Digital
7) Profesor Tan Chorh Chuan, Presiden NUS

"Pelantikan tujuh lagi saintis ulung sebagai Zamil Akademi Sains Nasional Singapura adalah kebanggaan akademi kami serta sebagai pengiktirafan kami terhadap sumbangan mereka kepada negara," menurut Presiden SNAS, Profesor Andrew Wee.

Ini juga merupakan kali pertama kaum wanita dalam bidang sains diberikan keanggotaan SNAS - Profesor Ding dan Profesor Ying adalah dua saintis wnaita yang menerima penghargaan itu tahun ini.

Pemenang hadia Nobel, Profesor Sydney Brenner, yang juga merupakan Zamil Kanan di A*STAR, menyampaikan biasiswa tersebut semalam.

Profesor Brenner, yang dikenali sebagai salah seorang perintis dalam biologi genetik dan molekular di dunia, juga menerima pengiktirafan Zamil Kehormat SNAS atas sumbangannya kepada pembangunan sains hayat di Singapura.

"Memberikan anugerah Zamil Kehormat khas kepada pemenang hadiah Nobel Sydney Brenner juga merupakan cara kami mengiktiraf sumbangan besar beliau dalam pembangunan sains hayat di Singapura," menurut Profesor Wee.

"Semua Zamil mempunyai semangat kecemerlangan dalam usaha mereka dan merupakan teladan yang paling baik untuk dicontohi."

Penyampaian pengiktirafanitu adalah yang ketiga oleh SNAS.

Pada tahun 2011, 11 saintis diiktiraf dan sembilan lagi saintis turut menerima penghargaan pada tahun 2014. 

Sumber : CNA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan