Images
  • rsn

66 pelatih lulus Kursus Penyelam Tempur Tentera Laut Singapura (RSN)

SINGAPURA: 66 pelatih adalah kumpulan terbaru yang lulus setelah mengikuti Kursus Penyelam Tempur Tentera Laut Singapura (RSN).

Perbarisan tamat kursus mereka berlangsung malam semalam (13 Sep), menandakan selesainya mereka menjalani Latihan Asas Tentera (BMT) selama sembilan minggu dan Kursus Penyelam Tempur selama 20 minggu.

Sebagai anggota Perkhidmatan Negara sepenuh masa, mereka kini akan dikerahkan ke unit-unit berlainan untuk meneruskan khidmat dengan Unit Penyelam Tentera Laut (NDU).

Kursus Penyelam Tempur adalah satu kemestian bagi semua penyelam tentera laut.

Semasa mengikuti kursus itu para pelatih menjalani latihan-latihan fizikal, tempur darat dan menyelam yang khusus serta juga pembangunan pasukan.

Para anggota tetap yang mengikuti kursus itu pula akan menjalani Kursus Serangan Maritim tambahan - satu penanda aras dalaman bagi mereka yang telah lulus latihan lanjutan.

Ia menguji kecergasan bertempur para penyelam dan kemahiran operasi mereka.

Namun bagi kebanyakan anggota NS sepenuh masa, Kursus Penyelam Tempur sahaja sudah merupakan satu cabaran besar.

- CNA/FZ/na

Top