Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

60 murid semuda Darjah 1 singsing lengan bantu golongan memerlukan

Dengan tamatnya peperiksaan sekolah rendah, sekitar 60 murid Darjah 1 hingga Darjah 3 menyingsing lengan untuk menjalankan kerja amal membantu golongan memerlukan.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Dengan tamatnya peperiksaan sekolah rendah, sekitar 60 murid Darjah 1 hingga Darjah 3 menyingsing lengan untuk menjalankan kerja amal membantu golongan memerlukan.

Projek itu bertujuan memupuk nilai kemasyarakatan dalam diri anak-anak sejak dari muda lagi.

Ia dijalankan menerusi projek kerjasama antara Pusat Jagaan Pelajar MERCU Learning Point dan Persatuan Palang Merah Singapura.

Menggunakan kreativiti dalam memberikan sentuhan peribadi, iaitu menghasilkan penanda buku bertema haiwan berisi mesej motivasi untuk menaikkan semangat penerima bantuan.

In dilakukan murid-murid dari Sekolah Rendah Edgefield ini bersama-sama ibu bapa masing-masing untuk projek FoodAid 'Meals with Love'.

Sekolah Rendah Edgefield merupakan salah satu Pusat Jagaan Pelajar Mercu, dan ia akan dijalankan di lagi tiga pusat lain kemdaliannya.

"Melalui acara-acara ini, kami berharap ia dapat pertingkatkan minda dan keperibadian para pelajar. Ini termasuk menanamkan sifat kemasyarakatan, dan peka terhadap mereka yang kurang berkemampuan. Lantas, mereka akan menjadi warga negara yang bertanggungjawab dari segi sosial," kata Encik Muhammad Azim Baharin, timbalan pengurus Mercu SCC.

LEBIH 100 HAMPER DIBUNGKUS, DIAGIHKAN KEPADA GOLONGAN MEMERLUKAN

Para pelajar semuda tujuh tahun itu kemudian membungkus lebih daripada 100 hamper, yang disertakan dengan penanda buku tadi.

Pasukan Palang Merah akan mengagihkan hamper-hamper tersebut kepada golongan yang memerlukan yang terdiri daripada berbilang bangsa.

Murid-murid yang terlibat nampaknya mula mengerti akan semangat kemasyarakatan dan melahirkan rasa seronok kerana berpeluang memberikan sumbangan seperti ini.

"Hari ini saya akan membalut makanan-makanan untuk orang yang memerlukan. Makanan seperti susu, emping jagung, biskut, tuna dan macam-macam (lagi)," kata Sofia Adriana, seorang pelajar Sekolah Rendah Edgefield.

"Saya rasa gembira kerana dapat menolong orang yang tidak ada rumah dan tidak ada duit," kongsi Nur Syaizah, pelajar dari sekolah yang sama.

Buat pertama kalinya, Palang Merah akan memperkenalkan tong-tong kitar semula di sekolah-sekolah demi menggalak pelajar mendermakan barang lama yang masih baik.

Semua usaha ini demi menyokong usaha-usaha kemanusiaan tempatan. 

Sumber : BERITA Mediacorp/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan