Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

5 wanita Korea Selatan ditahan dekat hotel St Regis kerana adakan bantahan

Kelima-lima wanita, yang membawa pelekat-pelekat bantahan, diberkas di Tanglin Road pada sekitar jam 9.10 malam, menurut polis dalam satu kenyataan. Polis memberitahu wanita-wanita tersebut untuk tidak menjalankan sebarang aktiviti bantahan.

Anggaran Waktu Membaca:
5 wanita Korea Selatan ditahan dekat hotel St Regis kerana adakan bantahan

Petikan gambar menunjukkan pergelutan antara wanita-wanita Korea Selatan dengan polis. (Petikan gambar: Facebook/ TODAY)

Diterbitkan : 12 Jun 2018 10:04PM Dikemas Kini : 12 Jun 2018 10:16PM

SINGAPURA: Lima wanita Korea Selatan ditahan pada malam Isnin (11 Jun) berhampiran St Regis, hotel di mana pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dan delegasinya menginap di Singapura sebelum mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Kelima-lima wanita, yang membawa pelekat-pelekat bantahan, diberkas di Tanglin Road pada sekitar jam 9.10 malam, menurut polis dalam satu kenyataan. Polis memberitahu wanita-wanita tersebut untuk tidak menjalankan sebarang aktiviti bantahan.

"Mereka enggan berkerjasama dengan polis, menjadi ganas dan mula menjerit-jerit. Meskipun amaran polis yang diulang, kumpulan itu terus menjerit-jerit dan kemudiannya diberkas," kata polis. Wanita berkenaan juga "melawan" dan "tidak berkerjasama" semasa tangkapan itu, tambah polis.

Awal hari Isnin (11 Jun), wanita-wanita itu dilihat berhampiran Hotel Capella di Sentosa - tempat sidang puncak Amerika Syarikat-Korea Utara - di mana mereka membentangkan sepanduk-sepanduk untuk menunjukkan bantahan mereka, menurut polis. Mereka kemudiannya dilihat berhampiran Hotel Shangri-La dengan sepanduk-sepanduk bantahan dan diberi amaran untuk meninggalkan kawasan tersebut.

Sentosa dan kawasan sekitar Hotel Shangri-La, yang merangkumi St Regis dan Jalan Tanglin, diwartakan sebagai kawasas khas di mana tahap keselamatan dipertingkatkan dari 10 Jun hingga 14 Jun untuk sidang puncak Trump-Kim. Presiden Trump dan delegasinya menginap di Hotel Shangri-La.

"Mereka berada di Zon Khas yang lebih kecil dan lebih terhad di mana keselamatan lebih ketat kerana berdekatan dengan tempat tinggal para pemimpin Amerika Syarikat dan Korea Utara dan di mana mesyuarat sidang puncak diadakan," kata polis.

Mereka menambah bahawa siasatan sedang dijalankan.

Satu video oleh TODAY menunjukkan wanita-wanita itu menjerit sambil melawan para pegawai polis di Nassim Road.

5 South Korean protesters arrested near St Regis hotel under Public Order Act

WATCH: Amid the frenzy surrounding the historic Trump-Kim summit, five South Korean protesters were arrested on Monday night (June 11) after they failed to heed multiple warnings from the police to stop their activities.(Video: Kenneth Cheng/TODAY)Read more: https://tdy.sg/2l2SuW4

Posted by TODAY on Tuesday, 12 June 2018
Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan