Images
  • mrt overview
    (Gambar: Facebook/LTA)

5 stesen MRT NSL ditutup awal, dibuka lewat bagi kerja penyenggaraan

SINGAPURA: Waktu beroperasi bagi lima stesen di Laluan Utara-Selatan (NSL) pada hari Jumaat dan hujung minggu akan diubah untuk meluangkan lebih banyak masa bagi kerja-kerja penyenggaraan, dedah SMRT hari ini (17 Mei).



Stesen MRT Admiralty, Sembawang, Yishun, Khatib dan Yio Chu Kang akan ditutup lebih awal, sekitar 11.00 malam, pada hari Jumaat dan Sabtu dan akan dibuka lebih lewat, sekitar 8.00 pagi, pada hujung minggu dari 1 Jun hingga 1 Julai ini.


Namun, ia akan beroperasi seperti biasa antara 15 Jun dengan 17 Jun, di mana waktu operasi dilanjutkan pada malam Hari Raya Puasa, menurut SMRT.  

- CNA/SM/fa

Top