Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

5 penunjuk perasaan Korea Selatan di St Regis dihantar pulang, diberi 'amaran keras '

Lima wanita rakyat Korea Selatan yang ditangkap kerana mengadakan tunjuk perasaan sebelum sidang Trump-Kim, sudah dihantar pulang dan diberi 'amaran yang keras', menurut pihak polis pada Khamis (14 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
5 penunjuk perasaan Korea Selatan di St Regis dihantar pulang, diberi 'amaran keras '

(Gambar: FACEBOOK/Today)

Diterbitkan : 14 Jun 2018 04:28PM Dikemas Kini : 14 Jun 2018 04:34PM

SINGAPURA: Lima wanita rakyat Korea Selatan yang ditangkap kerana mengadakan tunjuk perasaan di luar Hotel St Regis di mana pemimpin Korea Utara Kim Jong Un sedang menginap sebelum menghadiri sidang Trump-Kim, sudah dihantar pulang dan diberi 'amaran yang keras', menurut pihak polis pada Khamis (14 Jun).

"Pihak polis, setelah berunding dengan Pejabat Peguam Negara, mengeluarkan amaran yang keras terhadap lima warga Korea Selatan yang ditangkap di bawah Akta Ketenteraman Awam pada 11 Jun 2018," menurut pihaknya.

"Pas lawatan mereka sudah dibatalkan dan mereka dihantar pulang ke Republik Korea," tambah pihak polis.

Kelima-lima wanita tersebut ditangkap pada sekitar 9.10 malam Isnin di Tanglin Road setelah enggan bekerjasama dengan pihak polis. Polis memberitahu wanita-wanita tersebut supaya jangan mengadakan tunjuk perasaa atau mengadakan sebarang kegiatan sedemikian di sini.

"Wanita-wanita itu enggan bekerjasama dengan pihak polis, menjadi tidak terkawal dan mula menjerit-jerit. Walaupun sudah berkali-kali diberi amaran, kumpulan itu masih berbuat demikian sebelum mereka ditangkap," menurut pihak polis menyusuli penangkapan tersebut.

Wanita-wanita itu juga "melawan" dan "tidak mahu bekerjasama" semasa ditangkap, tambah pihak polis.

Kumpulan wanita yang sama turut dilihat berdekatan Hotel Capella di Sentosa - lokasi sidang puncak AS-Korea Utara pada hari yang sama.

Di sana, mereka membawa kain rentang untuk menegakkan perjuangan mereka. Mereka kemudian dilihat berdekatan Hotel Shangri-La, tempat di mana Encik Trump menginap, dengan membawa sepanduk. Pihak polis memberi amaran kepada mereka supaya menjauhi tempat tersebut.

Sentosa dan kawasan sekitar Shangri-La hotel, termasuk St Regis dan Tanglin Road, diwartakan sebagai kawasan acara khas dengan kawalan keselamatan diperketatkan antara 10 hingga 14 Jun bagi sidang puncak Trump-Kim. 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan