48 guru, pelajar ACJC kumpulan pertama sertai lawatan berpandu di Kampus Mediacorp
Seramai 48 orang menjadi kumpulan pertama yang mencuba kegiatan interaktif 'Mediacorp Experience' atau Pengalaman Mediacorp.
SINGAPURA: Seramai 48 orang menjadi kumpulan pertama yang mencuba kegiatan interaktif 'Mediacorp Experience' atau Pengalaman Mediacorp.
Para guru dari Maktab Rendah Temasek dan para pelajar Sekolah Anglo-Chinese (Junior) menyertai lawatan ini.
Lawatan berpandu selama 90 minit di Kampus Mediacorp itu membawa para pelawat meneroka industri media serta sejarah dan masa depan bidang penyiaran di negara ini.
Para pengunjung dapat cuba berlakon dalam satu babak drama 'The Little Nyonya'.
Mereka juga berpeluang menjadi penyampai berita Channel NewsAsia.
Buat masa ini semua tempat untuk menyertai 'Mediacorp Experience' ditempah sepenuhnya.
Tempahan untuk lawatan berkumpulan akan mula dibuka pada pertengahan bulan depan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.