Images
  • tampines api
    Kebakaran di Tampines Blok 307 (Gambar: Mediacorp)

45 penduduk dipindahkan dalam kebakaran di Tampines

SINGAPURA: Sekitar 45 penduduk berpindah ke tempat selamat setelah sebuah flat HDB di Tampines terbakar pada pagi Ahad (16 Sep), menurut Pasukan Pertahanan Awam (SCDF).

Menurut SCDF, pihaknya memberi respons kepada satu panggilan berhubung kebakaran di Blok 307 Tampines Street 32 pada 9.10 pagi.

Tiada kecederaan dilaporkan sejauh ini.


Kebakaran yang melibatkan barang-barang di dalam sebuah bilik tidur berjaya dipadamkan oleh para pegawai bomba menggunakan jet air, menurut SCDF lagi.

Punca kebakaran sedang disiasat.

- CNA/TQ/tq

Top