Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

42 belia peserta program GEMS 4PM terima Anugerah Pencapaian Belia Kebangsaan perak

42 belia di bawah program GEMS Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM) menjadi kumpulan pertama yang diiktiraf dengan Anugerah Pencapaian Belia Kebangsaan kategori perak.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: 42 belia di bawah program GEMS Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM) menjadi kumpulan pertama yang diiktiraf dengan Anugerah Pencapaian Belia Kebangsaan kategori perak.

Penghargaan itu diberikan atas dedikasi dan titik peluh mereka dalam membantu golongan kurang bernasib baik.

SIKAP LUHUR AMALINA CETUS 'INSPIRASI BELIA'

Nur Amalina Aniqah Kamarudin. (Gambar: BERITAmediacorp)

Nur Amalina Aniqah Kamarudin. (Gambar: BERITAmediacorp)

Nur Amalina Aniqah Kamarudin mula melibatkan diri dalam kerja-kerja sukarelawan sejak setahun lalu.

Pengalamannya membantu mengemas rumah golongan susah membuka mata Amalina dan mendorong beliau untuk melakukan lebih banyak kerja kebajikan bagi membantu golongan kurang bernasib baik.

Niat baiknya itu tercapai di bawah program GEMS 4PM.

"Kanak-kanak, orang dewasa, orang tua, senyuman mereka buat saya gembira. Ia dapat memotivasikan diri saya dan membuat mereka lebih senang hati. Saya melihat kawan-kawan saya membantu dan saya harap lebih ramai remaja lagi yang akan menolong," ujar Amalina, pelajar dari ITE Kolej Timur.

Belia yang menjalani program 4pm GEMS. (Gambar-gambar: Ummu Rabbisyfina/BERITAMediacorp)

Program GEMS menyediakan wadah bagi golongan belia di bawah 30 tahun untuk menjalani program kepimpinan dan kemahiran menerusi pelbagai kegiatan kemasyarakatan.

Setiap belia berpeluang meraih Anugerah Pencapaian Belia Kebangsaan (NYAA) kategori perak setelah meluangkan masa sekurang-kurangnya 40 jam dalam khidmat masyarakat.

Bagi Amalina, beliau juga menerima pengiktirafan tambahan Anugerah Inspirasi Belia - bagi relawan paling cemerlang kerana meluangkan masa hampir 100 jam dalam kerja-kerja kemasyarakatan.

15 daripada 42 belia yang menamatkan program GEMS bakal meneruskan usaha mereka dalam kategori emas NYAA.

Hanya empat kemudian akan dipilih dan menerima anugerah daripada Presiden Halimah Yacob yang dijadualkan pada Jun depan.

BELIA BUKAN MELAYU JUGA TERPIKAT DENGAN GEMS

Bahkan, program GEMS turut menarik belia dari kaum lain dengan kini terdapat 30 peratus peserta sedemikian.

Michelle Tarsish Daniel yang dibesarkan seorang ibu tunggal misalnya terdorong untuk membantu memperbaiki kehidupan golongan memerlukan kerana pernah berkongsi pengalaman serupa. 

"Saya menerima banyak sokongan keluarga. Bagi saya, ramai orang di luar sana yang tidak dapat merasakan semua itu. Jadi apa yang saya boleh buat, saya cuba sedaya upaya untuk membantu dengan melibatkan diri dalam Roda-roda Ramadan (ROW) - mengubah elok rumah dan mengagih-agihkan makanan," kongsi Michelle. 

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan