40 penduduk dipindahkan dalam kebakaran di flat Tampines
Kebakaran tercetus di sebuah flat HDB di Tampines Street 83 petang tadi (20 Jan).
SINGAPURA: Kebakaran tercetus di sebuah flat HDB di Tampines Street 83 petang tadi (20 Jan).
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dimaklumkan tentang insiden yang berlaku di Blok 867A itu sekitar pukul 5.30 petang.
Kebakaran itu melibatkan "barangan dalam tiga buah bilik tidur dan sebuah ruang tamu", menurut SCDF, sambil menambah ia dipadamkan menggunakan dua jet air.
Para penduduk di tingkat dua flat itu dipindahkan sebelum para anggota bomba tiba.
Para pegawai SCDF kemudian memindah sekitar 40 penduduk dari blok tersebut. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan.
Gambar-gambar dan video yang dikirimkan oleh pembaca Mediacorp menunjukkan kepulan asap tebal yang datang dari sebuah flat maisonette dan dari jarak beberapa blok, keadaan kelihatan berjerebu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.