Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

40,000 pesakit yang manfaatkan subsidi pemerintah kini boleh dapatkan ubat-ubat pada harga bersubsidi

40,000 pesakit yang memanfaatkan subsidi pemerintah kini boleh mendapatkan ubat-ubat mereka pada harga bersubsidi

Anggaran Waktu Membaca:
40,000 pesakit yang manfaatkan subsidi pemerintah kini boleh dapatkan ubat-ubat pada harga bersubsidi

Gambar hiasan seorang jururawat memeriksa tekanan darah pesakit. (Gambar fail: AFP)

Diterbitkan : 13 Mar 2015 02:42PM Dikemas Kini : 13 Mar 2015 02:48PM

SINGAPURA: Sekitar 40,000 pesakit yang memanfaatkan subsidi pemerintah kini boleh mendapatkan ubat-ubat mereka pada harga bersubsidi secara langsung dari penyedia jagaan jangka pertengahan dan pendek atau ILTC mereka.

Skim subsidi ubat ILTC yang dilancarkan pada Januari, didedahkan oleh Menteri Kesihatan Gan Kim Yong dalam perbahasan peruntukan kementeriannya.

MOH menyatakan, ini tidak saja membenarkan para pesakit untuk memanfaatkan lebih banyak ubat yang dimampui, malah ia juga memudahkan mereka untuk mendapatkan ubat tersebut.

MOH berharap agar semua penyedia khidmat ILTC yang layak akan menyertai skim itu menjelang hujung tahun ini.

Pemerintah dijangka akan membelanjakan sekitar $5 juta tahun ini, bagi skim subsidi ubat ILTC.

Sumber : CNA/ag
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan