Images
  • tortoise
    ACRES menghantar balik empat ekor penyu gergasi Asia dan dua kura-kura ke Malaysia.

4 penyu gergasi, 2 kura-kura dihantar balik ke tempat asal di M'sia

SINGAPURA: Enam ekor reptilia pulang ke 'tempat asal' mereka hari ini.

ACRES menghantar balik empat ekor penyu gergasi Asia dan dua kura-kura ke Malaysia.

Salah satu penyu tersebut ialah Boltz, yang dilanggar sebuah lori pada 2011. Kemalangan tersebut menyebabkannya cedera parah.

Selepas sembilan bulan di bawah jagaan yang intensif, Boltz kini pulih dengan sepenuhnya dan sedia untuk dihantar pulang ke kediaman semula jadinya.

Menteri K Shanmugam, yang berada di acara tersebut menekankan bagaimana reptilia seperti Boltz tidak seharusnya menjadi haiwan peliharaan.

"Perdagangan hidupan liar tidak akan terhenti hanya dengan kita mengatakan ia harus dihentikan, atau dengan penggubalan undang-undang. Saya rasa ia akan hanya dicapai menerusi pendidikan. Manusia secara semula jadinya adalah orang-orang yang baik budi," kata Encik Shanmugam. 

- CNA/UR/im

Top