Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

4 diberkas bakar mercun di Yishun, Bukit Batok dan Joo Seng

Empat lelaki diberkas kerana dipercayai menyalakan bunga api dalam tiga kejadian berasingan di Yishun, Bukit Batok dan Joo Seng pada Selasa (6 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
4 diberkas bakar mercun di Yishun, Bukit Batok dan Joo Seng

(Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 09 Nov 2018 08:21AM Dikemas Kini : 09 Nov 2018 08:35AM

SINGAPURA: Empat lelaki diberkas kerana dipercayai membakar mercun dalam tiga kejadian berasingan di Yishun, Bukit Batok dan Joo Seng pada Selasa (6 Nov).

Dalam kes pertama, polis menyatakan bahawa pihaknya dimaklumkan tentang bunyi kuat - disyaki bunyi mercun - di sebuah padang terbuka di hadapan Blok 513A Yishun Street 51 pada sekitar 3.30 pagi.

Silinder mengandungi bahan-bahan letupan yang dipercayai digunakan untuk membakar mercun, ditemui di tempat kejadian. Seorang lelaki berusia 28 tahun diberkas pada keesokan harinya.

Dalam kes kedua, dua lelaki, masing-masing berusia 18 dan 54 tahun, disyaki membakar mercun di kolong Blok 194B Bukit Batok West Avenue 6 pada sekitar 7.40 malam.

Satu kotak bahan-bahan letupan turut ditemui di tempat kejadian. Kedua-dua suspek diberkas pada hari yang sama selepas siasatan dijalankan.

Kes ketiga dilaporkan pada 9.55 malam selepas bunyi kuat yang dipercayai bunyi mercun kedengaran di kolong Blok 18 Joo Seng Road.

Tiub-tiub mengandungi bahan-bahan letupan juga ditemui di tempat kejadian.

Polis memberkas seorang lelaki berusia 25 tahun pada Khamis (8 Nov).

Keempat-empat lelaki akan didakwa hari ini (9 Nov) atas tindakan berbahaya membakar mercun. Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda antara S$2,000 hingga S$10,000, dipenjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya.

"Orang awam diingatkan bahawa adalah satu kesalahan untuk memiliki, menjual, mengangkut, mengirim, mengedarkan atau mengimport sebarang mercun yang berbahaya," menurut polis.

"Polis tidak akan bertolak ansur terhadap tindakan yang mengancam keselamatan orang lain dan secara tidak wajar menyebabkan rasa cemas di kalangan orang awam. Polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terang-terangan tidak mengendahkan undang-undang," tambahnya.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan