Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

4,510 bungkus tembakau kunyah cuba diseludup pada Hari Kebangsaan

Beribu-ribu bungkus tembakau kunyah ditemui dalam sebuah kereta berdaftar di Malaysia di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada Hari Kebangsaan, menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada Jumaat (10 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
4,510 bungkus tembakau kunyah cuba diseludup pada Hari Kebangsaan

Tembakau kunyah disembunyikan di bawah tempat duduk. (Gambar: ICA)

Diterbitkan : 10 Aug 2018 08:33PM Dikemas Kini : 10 Aug 2018 08:37PM

SINGAPURA: Beribu-ribu bungkus tembakau kunyah ditemui dalam sebuah kereta berdaftar di Malaysia di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada Hari Kebangsaan. Ini menurut catatan Facebook Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada Jumaat (10 Ogos).

Para pegawai menjumpai 4,510 bungkus disembunyikan di pelbagai bahagian kereta - tempat duduk belakang, bampar, tayar ganti dan bahagian tepi kereta, menurut ICA.

Kenderaan itu dipandu oleh seorang warga Malaysia berusia 25 tahun. ICA menambah, kes berkenaan sudah dirujuk kepada Penguasa Sains Kesihatan (HSA).

"ICA akan terus menjalankan pemeriksaan keselamatan ke atas penumpang dan kenderaan" di pusat-pusat pemeriksaan bagi mencegah sebarang percubaan untuk menyeludup manusia, dadah, senjata, bahan letupan dan barang terlarang yang lain," menurut ICA. 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan