Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

36 belia dari S'pura, ASEAN peserta sulung program pembangunan relawan UNHCR-RLAF

Selama dua hari bermula hari ini (28 Jan), para peserta berkongsi kemahiran dan pandangan dalam memastikan kerja-kerja kemanusiaan dan pembangunan yang berkesan bagi relawan muda.

Anggaran Waktu Membaca:
36 belia dari S'pura, ASEAN peserta sulung program pembangunan relawan UNHCR-RLAF

Para peserta porgram latihan Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) bersama Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR). (Gambar: RLAF)

SINGAPURA: Seramai 36 belia dari sembilan negara ASEAN termasuk Singapura berpeluang belajar kemahiran penting dalam menjadi sukarelawan berkesan.

Terdiri daripada relawan dan aktivis kemanusiaan, mereka merupakan kohort pertama program latihan yang julung-julung kalinya dianjurkan Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) bersama Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Selama dua hari bermula Sabtu (27 Jan), para peserta berkongsi kemahiran dan pandangan dalam memastikan kerja-kerja kemanusiaan dan pembangunan yang berkesan bagi relawan muda.

Mereka juga didedahkan kepada selok-belok dalam menguruskan respons bersepadu yang rumit secara menyeluruh semasa berlakunya krisis kemanusiaan atau bencana alam.

RLAF TUMPUKAN PERHATIAN BANGUNKAN KEUPAYAAN BELIA

Antara kegiatan semasa program latihan yang diadakan. (Gambar: RLAF)

"Saya rasa bengkel ini amat berguna untuk saya kerana ia memberi saya set kemahiran yang amat berguna untuk menjadikan saya seorang pekerja kemanusiaan yang lebih berkesan dan ia memberi saya peluang untuk mengenali rakan-rakan seperjuangan dari negara-negara ASEAN lain," kata seorang relawan Singapura, Encik Shafiq Rajab.

Di pihak RLAF, membangunkan keupayaan para belia kita dalam melaksanakan kerja-kerja kemanusiaan dan kemasyarakatan sememangnya salah satu fokus utama yayasan tersebut.

Justeru, dipilih menganjurkan program perintis ini dilihat sebagai satu penghormatan dan kepercayaan yang amat membanggakan.

Pengurus Kanan Perkembangan Kemampuan RLAF Encik Izhar Roslan berkata: "Kami amat berbesar hati dan bangga dapat bekerjasama dengan UNHCR dalam mengadakan bengkel ini dan memperkasakan dan memberikan kemahiran dan ilmu untuk relawan-relawan kemanusiaan di Singapura dan sembilan negara ASEAN.

"Kami mengharapkan bengkel ini dapat menaiktarafkan kerja-kerja kemanusiaan di rantau ini agar ia lebih berkesan dan memberikan peluang bagi relawan-relawan belia ini untuk meluaskan rangkaian mereka dan berasa lebih yakin untuk melakukan kerja kemanusiaan di masa hadapan."

INGIN KEGIATAN SEBEGINI DITERUSKAN PADA MASA DEPAN

Perbincangan antara para peserta dijalankan. (Gambar: RLAF)

"Kami ingin lihat bagaimana kami dapat melakukan kegiatan sebegini secara berterusan dan pada masa hadapan menyatukan para belia dari negara-negara ASEAN yang berbeza dan membantu mereka mendapatkan latihan asas yang boleh membantu mereka dalam membuat keputusan ke atas masa depan mereka sendiri," tambah Penyelaras UNHCR eCentre Peter Kozelets.

Sejauh ini, RLAF menyokong sebanyak 65 projek kemanusiaan dan pembangunan yang dijalankan para relawan muda, dalam bentuk geran bernilai sekitar $1.2 juta.

Program bersama UNHCR ini melonjakkan lagi visi RLAF untuk membantu para belia meluaskan rangkaian mereka untuk membina pengetahuan, kemahiran dan kecekapan sebagai pekerja kemanusiaan yang berkesan.

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan