Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

36,000 orang banjiri Hab Tampines Kita sempena siaran langsung BERITA

Seramai 36,000 pengunjung membanjiri Hab Tampines Kita sepanjang hari Jumaat (16 Jun), dengan kemuncaknya untuk menonton BERITA@Kejiranan, yang disampaikan secara langsung.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Seramai 36,000 pengunjung membanjiri Hab Tampines Kita sepanjang hari Jumaat (16 Jun), dengan kemuncaknya untuk menonton BERITA@Kejiranan, yang disampaikan secara langsung.

Para pengunjung yang datang dari seluruh pelosok negara, turut merebut peluang menyaksikan para penyampai dan kerabat kerja BERITAMediacorp dengan lebih dekat.

"Saya sebagai penduduk Tampines merasa berbangga dengan adanya pertama kali BERITA di sini. Suasana yang sungguh meriah, bermacam-macam kaum dan bangsa datang untuk menonton BERITA secara langsung buat pertama kali untuk saya juga," kata Sharifah Fadilah.

Seawal 4.00 petang, orang ramai mulai membanjiri Hab Tampines Kita, dan kakitangan BERITAMediacorp turut memaklumkan orang ramai tentang pelancaran akaun rasmi Instagram BERITAMediacorp.

Orang ramai yang memuat turun aplikasi BERITAMediacorp dan mengikuti Instagram serta Facebook kami, dihargai dengan cenderamata terbaru BERITAMediacorp.

Antaranya thumbdrive mini dengan kapasiti sebesar 16 Gigabyte dan alat pengesan kegiatan - contohnya berapa langkah anda berjalan seperti Fitbit.

Pengalaman pembuka mata bagi penonton apabila menyaksikan aksi di balik tabir BERITA.

"Pasal sambutannya pun memang ramai sekali sangat yang menunggu menonton secara langsung macam ini pasal bukan selalu kita dapat menonton secara langsung begini," kata Sharmizan Ibni seorang penduduk sejauh Woodlands.

Acara-acara bercorak interaktif sebelum dan selepas siaran BERITA juga rancak dianjurkan seperti peraduan Ikat Kain Samping bersama Hyrul Anuar, Cuba Teka Kuih Raya bersama Jihan Muse dan Tiru Gaya Ziana Zain.

Penampilan artis Ziana Zain yang mendendangkan lagu-lagu popularnya, merupakan antara tarikan BERITA@Kejiranan malam semalam dan masih boleh anda saksikan di wadah-wadah media sosial BERITAMediacorp.

Ini kerana, sesi-sesi FB LIVE, video dan laporan Instagram turut dimuat naik ke media sosial rasmi BERITAMediacorp mulai 4.30 petang semalam. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan