Images
  • vice middle rd
    Tiga wanita diberkas atas beberapa kesalahan di bawah Piagam Wanita. (Gambar: SPF)

3 wanita ditangkap dalam operasi antipelacuran di Middle Road

SINGAPURA: Tiga wanita ditangkap di Middle Road pada Isnin (14 Mei) kerana disyaki terlibat dalam beberapa kegiatan pelacuran, menurut polis.

Wanita berkenaan, yang berusia antara 21 hingga 25 tahun, menggunakan pas lawatan sosial, menurut polis dalam kenyataan medianya pada Selasa.

Siasatan awal menunjukkan mereka mengambil kesempatan atas lawatan mereka di Singapura untuk didakwa memberi khidmat seksual berbayar. Wanita-wanita berkenaan turut didakwa bekerja di luar hotel, menurut kenyataan itu.

Siasatan masih diteruskan terhadap wanita-wanita itu, yang diberkas atas beberapa kesalahan di bawah Piagam Wanita, dedah polis.

"Tuan tanah dan pemilik hotel dinasihati agar memastikan penghuni tidak menjalankan kegiatan pelacuran di premis mereka," menurut polis.

Jika didapati bersalah, pengendali rumah pelacuran tidak berlesen boleh didenda sehingga S$10,000 dan/atau dikenakan hukuman sehingga lima tahun.

Sesiapa yang menggunakan sepenuh atau sebahagian pendapatan dari melacur individu lain dengan pengetahuan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun dan didenda sehingga S$10,000 jika didapati bersalah.

- CNA/IM/im

Top