Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

3 remaja diberkas cuba pecah masuk kedai di Serangoon Road

Tiga remaja - berusia antara 17 hingga 19 tahun - diberkas kerana cuba memecah masuk rumah dan mencuri pada sebelah malam dalam beberapa kejadian berasingan di Serangoon Road.

Anggaran Waktu Membaca:
3 remaja diberkas cuba pecah masuk kedai di Serangoon Road

Gambar fail seseorang digari. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 12 Mar 2018 09:50PM Dikemas Kini : 12 Mar 2018 09:52PM

SINGAPURA: Tiga remaja - berusia antara 17 hingga 19 tahun - diberkas kerana cuba memecah masuk rumah dan mencuri pada sebelah malam dalam beberapa kejadian berasingan di Serangoon Road.

Demikian menurut polis dalam kenyataan medianya hari ini (12 Mac).

Polis menerima aduan tentang pintu besi sebuah kedai emas di Serangoon Road yang rosak. Menurut polis, terdapat kesan bakar di pintu itu.

Beberapa tangki oksigen-etilena, alat peniup api untuk membakar (blowtorch), sarung tangan, topi, topeng, dan peralatan lain yang sering digunakan dalam kes pecah masuk rumah, ditemui berdekatan kawasan tempat kejadian.

Pada hari yang sama, polis menerima dua aduan serupa tentang kesan bakar di pintu kedai tukang emas dan sebuah lagi yang menjual pakaian.

Para pegawai berjaya memberkas tiga remaja lelaki di Jelapang Road, Boon Lay dan Circuit Road dalam operasi yang dijalankan dari malam Sabtu (10 Mac) sehingga awal keesokan harinya.

Ketiga-tiga remaja itu akan didakwa esok (13 Mac) kerana cuba memecah masuk dan mencuri pada waktu malam dan sepakat untuk melakukan sesuatu bersama-sama.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara antara dua hingga 14 tahun.  

Sumber : CNA/AQ/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan