Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

3 lelaki diberkas curi cip pelanggan kasino MBS

Tiga lelaki diberkas kerena disyaki mencuri cip kasino daripada para pelanggan kasino Marina Bay Sands. 

Anggaran Waktu Membaca:
3 lelaki diberkas curi cip pelanggan kasino MBS

Pintu masuk kasino Resorts World Sentosa di Singapura. (Gambar: AFP/Roslan Rahman)

Diterbitkan : 19 Jan 2018 09:52AM Dikemas Kini : 19 Jan 2018 09:53AM

SINGAPURA: Tiga lelaki diberkas kerena disyaki mencuri cip kasino daripada para pelanggan kasino Marina Bay Sands.

Demikian menurut kenyataan polis semalam (18 Jan).

Lelaki-lelaki tersebut, yang berusia antara 32 dengan 54 tahun, diberkas pada hari Rabu (17 Jan).

Siasatan menunjukkan bahawa ketiga-tiga lelaki tersebut bersubahat untuk mencuri cip kasino daripada para pelanggan di meja-meja judi sejak 13 Januari lalu.

Wang tunai bernilai lebih S$23,000 dan cip kasino turut dirampas daripada mereka, menurut pihak polis.

Suspek-suspek akan didakwa di mahkamah hari ini atas tuduhan bersubahat bagi melakukan pencurian. Jika didapati bersalah, mereka boleh dipenjara sehingga tiga tahun, didenda atau kedua-duanya sekali.  

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan