Images
  • izhartasneemshahib
    (Dari kiri) Muhammad Izhar Roslan, Tasneem Noor dan Shahib Amin. (Gambar-gambar: Izhar, Tasneem, Shahib)

3 individu Muslim S’pura berjiwa besar bantu mangsa gempa-tsunami Palu dengan cara tersendiri

BERITAmediacorp: Bencana dahsyat yang menimpa masyarakat Palu di Sulawesi Tengah sememangnya menggerunkan dan mendapat simpati masyarakat global. Cubit peha kiri, peha kanan terasa. Kini masyarakat Palu tercubit pilu dek gempa-tsunami baru-baru ini.

Dek turut terasa dengan cubitan bencana alam itu, tiga anak muda Melayu/Islam Singapura yang ditemui BERITAmediacorp ini, walaupun berada beribu batu jauhnya, enggan berpeluk tubuh atau memerhati dari jauh sahaja.

Mereka secara berasingan memanfaatkan kelebihan dan wadah masing-masing - dari kempen online menggunakan 'hashtag', paparan video membawakan cerita para mangsa sehinggalah kepada mengetepikan sedikit pendapatan daripada perniagaan - semuanya demi membantu seberapa mungkin penduduk Palu.

Malah, inisiatif itu bukan sekadar untuk menghulurkan bantuan secara individu, ia turut mengajak masyarakat untuk sama-sama prihatin dengan nasib mangsa-mangsa gempa-tsunami di Palu.

MUHAMMAD IZHAR KETENGAH INISIATIF '4 PERKATAAN'

Encik Muhammad Izhar Roslan, 33 tahun, seorang aktivis belia dan kemanusiaan, memulakan kempen online #fourwordpostcards untuk menyeru kepada masyarakat, khususnya anak-anak muda supaya lebih peka dan bangkit melakukan sesuatu untuk para mangsa bencana di Palu.


(Gambar: Izhar Roslan/Facebook)

Menerusi kempen tersebut, setiap individu yang ingin mengirimkan poskad maya itu perlu memikirkan kata-kata semangat yang ingin disampaikan kepada masyarakat di sana sekiranya mereka diberi peluang mengungkapkannya dalam empat perkataan sahaja. Bagi setiap poskad yang diterima, Encik Izhar mendermakan $2 daripada koceknya sendiri.

View this post on Instagram

As someone who lives in the same island, I can tell how hard it is to have our home swept away. Sulawesi has some of the most beautiful beaches in the country, and we built our house near them. Captivated by its beauty, not knowing how scary it could be in just a few seconds. . Now that I am not there, knowing that I am safe here, thousands of miles away, I keep thinking about my family and relatives who have to face the horrific disaster. I pray for them that they will have abundance of patience, and to always know that life must go on, we can keep going, as long as we have Him. . Dear Palu (and for all the places; the beautiful people), please do remember, that verily with every hardship comes ease 🖤 . #fourwordpostcards #forpalu @eazhar . Feel free to repost and please pray for them IRL, not just on Instagram.

A post shared by Nadya SY / Nasaya Mafaridik (@a.nasaya) on


Kempen selama lima hari itu, yang ditutup pada Rabu lalu (10 Okt), menerima 202 kiriman poskad. Ini bermakna, Encik Izhar perlu mengeluarkan wangnya sendiri sebanyak $404 untuk didermakan.

Namun, dek terpanggil dengan semangat dan usaha beliau, beberapa individu lain turut menyuarakan hasrat untuk menokok jumlah tersebut tanda sokongan mereka. Ini menjadikan jumlah keseluruhan yang dikumpulkan untuk masyarakat Palu, sebanyak $1,000.

View this post on Instagram

@ahtoool #forpalu #fourwordpostcards

A post shared by Four Word Postcards (@fourwordpostcards) on


“Respons yang saya terima dari komuniti Instagram khususnya amat memberangsangkan. Kerana pada awalnya saya teragak sama ada responsnya akan suam-suam kuku, sama ada respons akan banyak,” kata Encik Izhar, yang bertugas sebagai Pengurus Kanan Pembangunan Keupayaan Yayasan Rahmatan Lil Alamin.

MANFAATKAN TREND ‘HASHTAG’

Antara ‘poskad’ yang diterima termasuklah daripada sekitar 30 orang pelajar aLive di Masjid Al-Khair, yang kesemuanya berusia sembilan tahun. Sokongan seperti ini amat bermakna bagi Encik Izhar memandangkan proses tersebut mewujudkan kesedaran dan keprihatinan dalam diri mereka pada usia muda.

View this post on Instagram

@fourwordpostcards are meant to trigger thoughts on the crisis at South #Sulawesi. I initially hoped to rally the IG crowd. . So I was overwhelmingly surprised to receive 32 hand-drawn messages of hope from 9 yr old students of @ibutoothless . Empathy is a supersticky thing and it starts from young. . We have reached 126 postcards and $252 pledged donations #forpalu as of now. Friends are coming in to pledge for the postcards too and I am deeply grateful for this. . The movement is ongoing. Send/tag me a message (no fancy design needed) starting with Dear Palu, and then the four words. . @rlafoundationsg is fundraising for Sulawesi too as ur reading this. You can donate at link in bio. #fourwordpostcards #dosomethingfornothing

A post shared by Izhar Roslan (@eazhar) on


“Salah satu tujuan utama kempen ini adalah untuk menggalak masyarakat mengadakan perbincangan, perkongsian. Saya sering berkongsi maklumat tentang apa yang berlaku dan bagaimana mereka boleh menderma. Jadi tenaga pengajar ini berkongsi dengan para pelajarnya tentang nasib yang menimpa masyarakat di sana, tentang tsunami dan sebagainya,” kata beliau.

Ini bukan kali pertama Encik Izhar menjalankan kempen kemanusiaan seperti itu. Sebelum ini, beliau pernah memanfaatkan trend popular online #delechallenge untuk memancing minat anak-anak muda supaya ambil peduli tentang gempa yang berlaku di Lombok.

#delechallenge adalah satu cabaran yang pada ketika itu dipopularkan oleh seorang pemain bola sepak Dele Alli dari pasukan Tottenham Hotspurs semasa meraikan jaringan gol.

Sasaran awalnya adalah untuk mendermakan $50 bagi 25 orang yang melakukan cabaran tersebut. Namun tanpa disangka-sangka usahanya mendapat sokongan ramai dan beliau menerima sehingga 440 penyertaan. Maka, jumlah derma yang perlu dikeluarkannya adalah $880. Disebabkan respons memberangsangkan, seramai 10 individu lain tampil berikrar untuk menderma bagi setiap orang yang melakukan #delechallenge.

Pada akhirnya, beliau mengumpulkan sebanyak $2,000 buat masyarakat Lombok. Kesemuanya wang derma yang diterimanya, diserahkan kepada Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) untuk digunakan dalam misi menyelamat kemanusiaan di kedua-dua negara tersebut.

Menerusi kedua-dua kempen yang pada mulanya dianggap sebagai satu eksperimen sosial untuk melihat sendiri sama ada golongan muda mudah atau tidak untuk tampil membantu orang-orang memerlukan, terbukti bahawa mereka sememangnya prihatin dan mahu melakukan sesuatu namun memerlukan sedikit faktor penggerak atau ‘push factor’.

TASNEEM NOOR SALUR HASIL BEBOLA DAGING KE PALU

Bagi pemilik Fika Swedish Café & Bistro – restoran halal hidangan makanan Sweden yang terletak di Beach Road, Cik Tasneem Noor, hatinya begitu remuk apabila mendapat tahu tentang bencana yang menimpa masyarakat Palu.

Menyaksikan betapa dahsyatnya kesan akibat gempa dan tsunami serta keadaan para penduduk dan kanak-kanak di sana, beliau yang merupakan seorang ibu kepada dua anak lelaki itu tidak sampai hati untuk hanya berdiam diri.


Cik Tasneem bersama suami dan anak-anaknya. (Gambar: Tasneem Noor)

“Bila saya mengetahui betapa dahsyatnya kemusnahan di sana saya bertanya kepada diri saya, apa yang boleh saya lakukan untuk membantu. Saya tahu saya tidak berupaya untuk berada di sana jadi yang terbaik yang boleh saya lakukan adalah menyumbang dari segi sumber-sumber yang dapat mereka gunakan kemudian,” beliau memberitahu BERITAmediacorp.


Maka, beliau mengambil keputusan untuk mengumpulkan dana menerusi hasil penjualan bebola daging di restorannya. Bebola daging itu merupakan salah satu hidangan popular dalam kalangan para pelanggan restoran tersebut.

“Kita di sini sungguh beruntung. Apabila saya membaca berita tentang apa yang terjadi di Sulawesi saya berasa sedih dan ingin membantu seberapa yang boleh. Jadi dari situ saya dapat idea untuk mengumpul dana melalui penjualan meatballs di restoran saya,” kongsi Cik Tasneem, 37 tahun, kepada BERITAmediacorp.


Selama seminggu dari 1 hingga 10 Oktober, Cik Tasneem menjalankan usaha mengumpul dana itu dan ia disambut baik oleh para pelanggan beliau. Sepanjang tempoh itu, beliau berjaya menjana sekitar $2,000.

“Responsnya lebih daripada apa yang saya jangkakan. Setakat ini kami sudah kumpulkan kira-kira $2,000. Saya berterima kasih kerana para pelanggan saya sungguh bermurah hati dan amat menyokong usaha kami,” luah beliau.

SHAHIB AMIN TAWAR ‘GAMBARAN’ DEMI TERBIT RASA BELAS IHSAN

Berlainan pula bagi seorang lagi anak muda ini. Menyedari bahawa video-video online yang dihasilkannya sering mendapat perhatian. Encik Shahib Amin, 34 tahun, memanfaatkan platform tersebut untuk meningkatkan kesedaran masyarakat kepada apa yang berlaku di negara-negara jiran. Khususnya di Lombok dan Palu Indonesia.

“Video-video yang saya buat kebanyakannya berunsurkan kekeluargaan, kemasyarakatan. Bila dapat respons saya rasa ‘oh ini merupakan platform yang berkesan’. Jadi apabila berlakunya tragedi bencana di negara jiran kita, saya terpanggil untuk bawa kisah mereka kepada masyarakat kita,” kata CEO Syukran.com itu.


Bermula dengan Lombok dan kemudian Sulawesi, video-video Encik Shahib yang mempunyai nilai ‘raw’ dan pengajaran menerbitkan rasa syukur dalam kalangan penontonnya, di samping mewujudkan sikap belas ihsan sekaligus menderma kepada para mangsa tragedi tersebut.

“Bila saya buat video tentang Lombok itu beberapa orang datang untuk tanya dengan saya bagaimana untuk mereka membantu, saya bagi contact lah, boleh bantu langsung atau kita boleh hubungkan. Dan disebabkan video tersebut saya dapat maklum balas yang mereka telah memberikan dana, bantuan dan sebagainya,” ujar Encik Shahib, yang baru sahaja pulang dari Sulawesi dan berkesempatan bertemu dengan kaum ibu serta anak-anak Palu yang ditempatkan di rumah perlindungan sementara di Makassar.


Salah seorang wanita asal Palu yang ditemui Encik Shahib. (Gambar: Shahib Amin/Facebook)

Bagi Encik Shahib, meskipun usahanya kecil, ia adalah kelebihan yang dikurniakan oleh Allah SWT. Maka ia dimanfaatkan sepenuhnya untuk maslahat sesama insan.

“Ini merupakan usaha saya sendiri. Walaupun kalau tak ada orang tengok pun itu tenaga saya. Itu yang saya nak cuba sumbang kembali menerusi kemahiran yang ada. Saya harapkan ia dapat menyentuh manusia-manusia yang lain supaya mereka ambil peduli,” tambah beliau.

Yang pasti, bantuan yang diberikan tidak semestinya dalam bentuk kewangan.


(Gambar: Shahib Amin/Facebook)

Ia boleh diberikan dalam bentuk tenaga dan sokongan. Sesiapa sahaja, tidak kira usia dan latar belakang boleh melakukan sesuatu atas nama kemanusiaan, malah merentasi sempadan. Itulah contoh dan semangat mithali yang dipaparkan tiga individu Melayu/Islam Singapura itu.  

LAPORAN BERKAITAN:

- BERITAmediacorp/nk

Top